Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Latih pemandu bantu penumpang kerusi roda antara saranan semakan sektor pengangkutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latih pemandu bantu penumpang kerusi roda antara saranan semakan sektor pengangkutan

Dec 27, 2023 | 06:21 PM



Melatih pemandu untuk membantu pengguna kerusi roda dan memastikan pemandu dan penumpang dimaklumkan dengan segera semasa gangguan merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pengendali teksi dan perkhidmatan pengangkutan, persatuan mewakili kereta sewa privet (PHC) dan pemandu teksi serta pemerintah, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor.

Perbincangan berterusan itu, yang diadakan sejak November di pejabat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di Hampshire Road, adalah sebahagian daripada semakan struktur dan peraturan yang melibatkan industri perkhidmatan teksi dan pengangkutan, secara kolektif dirujuk sebagai pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat.

Diumumkan pada September 2023, semakan itu dijangka selesai menjelang suku kedua 2024.

Pada 27 Disember, Dr Khor, dalam hantaran di Facebooknya berkata saranan lain yang diketengahkan termasuk “memperkemas peraturan teksi dan PHC” dan “menggalakkan tingkah laku lebih baik antara pemandu dengan penumpang”.

Sebagai sebahagian semakan itu, pemerintah ingin menambah baik ketersediaan perkhidmatan pengangkutan sedemikian sepanjang hari, memastikan penyedia dapat menawarkan perkhidmatan mereka dengan gangguan minimum dan perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan kumpulan penumpang yang berbeza, seperti mereka yang menggunakan kerusi roda atau keluarga dengan anak kecil.

Dr Khor berkata terdapat dua kali lebih ramai pemandu PHC aktif berbanding pemandu teksi aktif.

Beliau menambah: “Semakan ini adalah tepat pada masanya untuk memastikan rangka kerja kawal selia terus memenuhi pelbagai keperluan kedua-dua penumpang dan pemandu.”

Pada 7 Julai lalu, aplikasi ComfortDelGro dilaporkan tidak berfungsi selama lebih tiga jam, mengganggu rancangan beberapa penumpang.

Sepanjang tempoh itu, orang ramai tidak dapat menempah perjalanan melalui wadah tersebut.

Dr Khor berkata bahawa PHC menyumbang hampir dua pertiga daripada perjalanan dari satu tempat ke satu tempat setiap hari.

Menurut data LTA, purata 529,000 perjalanan tempahan telah dibuat setiap hari pada Oktober. Ini termasuk yang dibuat bagi PHC dan teksi.

Purata bilangan perjalanan tempahan setiap hari ialah 80,000, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 609,000 perjalanan.

Pada Oktober 2022, terdapat 585,000 perjalanan harian – 488,000 daripadanya melalui tempahan dan 97,000 adalah perjalanan teksi yang ditahan di tepi jalan.

Ini menunjukkan bahawa walaupun lebih banyak perjalanan dibuat dengan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat, populariti mendapatkan teksi dengan menahannya di tepi jalan semakin berkurang.

Dr Khor menambah bahawa LTA juga sedang mendekati pemandu, penumpang dan ahli akademik sebagai sebahagian daripada semakan tersebut, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >