Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Latihan SAF: 3 jenis dron tampil julung kali, perkukuh kerjasama manusia, teknologi

Selain operasi dron besar seperti Heron 1, SAF uji tiga dron mini, Ascent Spirit, Skydio x10 dan Neros Archer, buat kali pertama dalam Latihan Forging Sabre 2025 (XFS25) di Idaho, AS
Sep 10, 2025 | 6:00 PM
drone, SAF, Ascent Spirit, Skydio x10, Neros Archer, Ascent Spirit
Tiga dron mini, (dari kanan, atas meja) Ascent Spirit, Skydio x10 dan Neros Archer, mempunyai keupayaan berbeza dalam menyokong misi di medan mencabar. Dua dron di bahagian bawah merupakan variasi Ascent Spirit.  - Foto ZAOBAO

Buat julung-julung kalinya, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menguji tiga jenis dron mini dalam Latihan Forging Sabre 2025 (XFS25) di Idaho, Amerika Syarikat, dengan setiap dron mempunyai keupayaan tersendiri dalam menyokong misi di medan pertempuran.

Skydio X10 ialah dron yang mampu beroperasi tanpa isyarat GPS dengan menggunakan kamera untuk mengemudi serta mengelak halangan.

Sementara itu, Neros Archer, sebuah dron gaya perlumbaan, direka untuk kelajuan tinggi dan tetap berfungsi meskipun berdepan gangguan isyarat.

Dron jenis Ascent Spirit pula direka untuk ‘autonomous swarming’ atau terbang secara berkumpulan untuk meneroka kawasan luas tanpa kawalan manusia secara langsung. 

Ketiga-tiga dron itu melengkapkan SAF dengan keupayaan fleksibel yang menambah kekuatan sistem tanpa pemandu berskala besar, sambil menekankan kepentingan penyepaduan manusia dan mesin.

Dengan tujuan memperluas keupayaan SAF, Pegawai Pemerintah, Unit Operasi Penyepaduan dan Pengerahan Pantas Dron (Droid), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Leftenan Kolonel Tay Cheng Chuan, berkata:

“Ketiga-tiga dron ini mempunyai keupayaan unik yang boleh dimanfaatkan mengikut persekitaran operasi yang berbeza.”

Skydio X10, sebuah dron komersial dari Amerika Syarikat yang diubah suai untuk ujian Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), menggunakan pengemudian berasaskan penglihatan dengan keupayaan mengelak halangan, tanpa bergantung pada GPS. Ia dilengkapi dengan sensor di sekeliling ‘badannya’, membolehkannya mengesan halangan dari semua arah – depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Dengan liputan penuh ini, dron dapat terbang dengan lebih selamat di kawasan yang kompleks seperti bandar atau hutan kerana ia mampu mengelakkan perlanggaran secara automatik tanpa memerlukan kawalan manual yang berterusan. Sistem navigasi berasaskan penglihatan membolehkan dron ‘zoom’ sehingga 128 kali ganda untuk meninjau kawasan dan mengenal pasti kedudukan ‘musuh’ berpotensi. Skydio x10 berukuran 31.1 inci × 25.6 inci × 5.7 inci (79.0 sentimeter (cm) × 65.0 cm × 14.5 cm) apabila dibuka luas, dan 13.8 inci × 6.5 inci × 4.7 inci (35.05 cm × 16.51 cm × 11.94 cm) apabila dilipat tanpa bateri.
Skydio X10, sebuah dron komersial dari Amerika Syarikat yang diubah suai untuk ujian Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), menggunakan pengemudian berasaskan penglihatan dengan keupayaan mengelak halangan, tanpa bergantung pada GPS. Ia dilengkapi dengan sensor di sekeliling ‘badannya’, membolehkannya mengesan halangan dari semua arah – depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Dengan liputan penuh ini, dron dapat terbang dengan lebih selamat di kawasan yang kompleks seperti bandar atau hutan kerana ia mampu mengelakkan perlanggaran secara automatik tanpa memerlukan kawalan manual yang berterusan. Sistem navigasi berasaskan penglihatan membolehkan dron ‘zoom’ sehingga 128 kali ganda untuk meninjau kawasan dan mengenal pasti kedudukan ‘musuh’ berpotensi. Skydio x10 berukuran 31.1 inci × 25.6 inci × 5.7 inci (79.0 sentimeter (cm) × 65.0 cm × 14.5 cm) apabila dibuka luas, dan 13.8 inci × 6.5 inci × 4.7 inci (35.05 cm × 16.51 cm × 11.94 cm) apabila dilipat tanpa bateri. - Foto ZAOBAO

Ketua bagi Inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAS) Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), Encik Jeremy Wong, berkata:

“Memandangkan Skydio mudah diterbang, pengendali dapat menumpukan perhatian pada misi pencarian dan melaksanakannya dengan lebih berkesan, meskipun berlaku gangguan terhadap GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global).”

Neros Archer ialah dron berkelajuan tinggi yang mampu mencapai 100 hingga 120 kilometer sejam (km/j), direka untuk kekal beroperasi walaupun berlaku gangguan isyarat dan sesuai untuk operasi di kawasan mencabar.
Neros Archer ialah dron berkelajuan tinggi yang mampu mencapai 100 hingga 120 kilometer sejam (km/j), direka untuk kekal beroperasi walaupun berlaku gangguan isyarat dan sesuai untuk operasi di kawasan mencabar. - Foto ZAOBAO
Dibangunkan bersama kontraktor tempatan Ascent serta DSTA, Ascent Spirit berukuran 12.0 inci (257 milimeter) × 4.2 inci (106 milimeter) dengan berat 1.8 kilogram tanpa bateri. Ia membolehkan muatan khas – dipasang bagi memberikannya ciri autonomi atau terbang tanpa kawalan manusia. Ini membolehkan ia melaksanakan misi diterbangkan bersama, di mana beberapa dron melakukan misi pencarian dan mengesan sasaran tanpa kawalan berterusan pengendali.
Dibangunkan bersama kontraktor tempatan Ascent serta DSTA, Ascent Spirit berukuran 12.0 inci (257 milimeter) × 4.2 inci (106 milimeter) dengan berat 1.8 kilogram tanpa bateri. Ia membolehkan muatan khas – dipasang bagi memberikannya ciri autonomi atau terbang tanpa kawalan manusia. Ini membolehkan ia melaksanakan misi diterbangkan bersama, di mana beberapa dron melakukan misi pencarian dan mengesan sasaran tanpa kawalan berterusan pengendali. - Foto BH oleh BATRISYIA BAHARIM
Ketua bagi Inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAS) Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), Encik Jeremy Wong (kiri), dan Pegawai Pemerintah, Unit Operasi Penyepaduan dan Pengerahan Pantas Dron (Droid), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Leftenan Kolonel Tay Cheng Chuan.
Ketua bagi Inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAS) Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), Encik Jeremy Wong (kiri), dan Pegawai Pemerintah, Unit Operasi Penyepaduan dan Pengerahan Pantas Dron (Droid), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Leftenan Kolonel Tay Cheng Chuan. - Foto ZAOBAO

Sebanyak 10 dron Ascent Spirit, empat dron Skydio X10 dan empat dron Neros Archer akan digunakan dalam latihan 2025, daripada keseluruhan 24 dron yang dikerahkan.

Edisi terdahulu pada 2023 hanya melibatkan 11 dron sahaja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg