Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Indonesia perkukuh hubungan pertahanan yang rapat, lama terjalin

Nov 7, 2024 | 12:51 PM
Dr Ng Eng Hen (kiri) dan rakan sejawatan dari Indonesia, Leftenan-Jeneral (Bersara) Sjafrie Sjamsoeddin, bertemu di Istana Merdeka, Jakarta, pada 6 November
Dr Ng Eng Hen (kiri) dan rakan sejawatan dari Indonesia, Leftenan-Jeneral (Bersara) Sjafrie Sjamsoeddin, bertemu di Istana Merdeka, Jakarta, pada 6 November - Foto KEMENTERIAN PERTAHANAN INDONESIA

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Leftenan-Jeneral (Bersara) Sjafrie Sjamsoeddin, mengesahkan hubungan pertahanan yang rapat dan lama terjalin antara Singapura dan Indonesia dalam pertemuan di Istana Merdeka, Jakarta, pada 6 November.

Dr Ng berada di Jakarta sebagai sebahagian daripada rombongan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam lawatan pengenalan ke Indonesia dari 5 hingga 6 November 2024.

Kededua menteri melahirkan kemajuan baik yang dicapai dalam pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Pertahanan sambil membincangkan cara meningkatkan lagi kerjasama pertahanan antara kededua negara, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 6 November.

Mereka juga mengesahkan hubungan pertahanan yang rapat dan lama antara Singapura dengan Indonesia.

“Pertemuan ini menekankan kekuatan hubungan pertahanan antara Singapura dan Indonesia,” kata Mindef.

Kedua-dua pertubuhan pertahanan, menurut Mindef, berinteraksi secara tetap melalui latihan, lawatan, pertukaran profesional dan kehadiran silang kursus.

“Interaksi ini meningkatkan persefahaman bersama, mengukuhkan hubungan antara rakyat dan profesionalisme antara kededua tentera.

“Singapura dan Indonesia bekerjasama rapat untuk memajukan kerjasama keselamatan di forum-forum berbilang hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus,” tambah Mindef.

Semasa berucap dalam satu sidang dengan Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, Encik Wong berkata hubungan dua hala yang kukuh antara Indonesia dengan Singapura akan membantu bukan hanya kededua negara itu, malah menyediakan laluan untuk mempercepat penyepaduan dan membina sebuah Asean yang lebih kuat dan bersatu padu dalam dunia yang penuh ketidakpastian.

Beliau berkata Indonesia dan Singapura berkongsi pelbagai perspektif strategik yang serupa mengenai dunia sedang dunia bergelut dengan ketegangan geopolitik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg