Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawatan Maliki perkukuh hubungan S’pura dengan Kepulauan Riau, termasuk Batam

Aug 12, 2023 | 2:27 PM
TEMUI GABENOR: Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman (depan, kanan), menemui Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad (depan, kiri), di Tanjung Pinang pada 11 Ogos.
TEMUI GABENOR: Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman (depan, kanan), menemui Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad (depan, kiri), di Tanjung Pinang pada 11 Ogos. - Foto MFA

Persembahan khas guzheng, perjumpaan dengan pemimpin Indonesia serta sesi ‘ngopi’ bersama anak muda mewarnai lawatan Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, ke wilayah Kepulauan Riau (Kepri) baru-baru ini.

Dalam lawatan yang berlangsung 10 hingga 12 Ogos itu, Dr Maliki telah menemui beberapa pihak untuk membincangkan usaha memperkukuh hubungan antara Singapura dan Kepri, termasuk kerjasama dalam industri agrimakanan dan sektor ekonomi digital.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu, Dr Maliki telah dijamu sarapan oleh Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad, dan isteri, Cik Dewi Kumalasari, yang juga anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kepri, di Tanjung Pinang.

Encik Ansar dan isteri telah membawa Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan, untuk melawat pulau bersejarah Pulau Penyengat. Di sana, Dr Maliki dan Encik Ansar telah menghadiri solat Jumaat di Masjid Raya Sultan Riau.

Di Batam pula, Dr Maliki telah menemui Mayor Batam, Encik Muhammad Rudi, dan isterinya, Naib Gabenor Kepri, Cik Marlin Agustina, serta anak mereka, Randi Zulmariadi and Rani Rafitriyani.

Dr Maliki juga telah menyertai sesi minum kopi bersama personaliti perniagaan muda serta sesi sarapan bersama media Batam.

“Dalam sesi pendekatan ini, kededua pihak mengimbas hubungan kukuh antara Singapura dan Kepri, termasuk memperkukuh kerjasama dalam industri agrimakanan dan sektor ekonomi digital,” kata MFA.

Dalam lawatan itu, Dr Maliki juga telah melawat Politeknik Negeri Batam dan Batamindo Green Farm, serta menghos sesi bermain badminton bersama Mayor Rudi, BP Batam dan masyarakat Singapura di Batam.

Dr Maliki juga menghadiri sesi jamuan Hari Kebangsaan Singapura yang dihos konsulat Singapura di Batam.

Dalam majlis itu, Dr Maliki dan isteri, Cik Sadiah Shahal, telah menyampaikan persembahan instrumental duet dengan memainkan alat muzik Cina, guzheng, dan piano untuk mengumpul dana bagi Palang Merah Batam.

Dr Maliki kembali ke Singapura pada Sabtu.

View post on Instagram
 
PERSEMBAHAN KHAS DUET: Dr Maliki Osman dan isterinya, Cik Sadiah Shahal, menyampaikan persembahan instrumental duet dengan memainkan ‘guzheng’ dan piano di majlis meraikan Hari Kebangsaan Singapura di Batam.
PERSEMBAHAN KHAS DUET: Dr Maliki Osman dan isterinya, Cik Sadiah Shahal, menyampaikan persembahan instrumental duet dengan memainkan ‘guzheng’ dan piano di majlis meraikan Hari Kebangsaan Singapura di Batam. - Foto MFA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg