Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawatan Maliki perkukuh kerjasama pendidikan S’pura dengan Finland

Oct 6, 2023 | 3:40 PM
BELAJAR DARI FINLAND: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), berbincang bersama Pengetua Kolej Vokasional Live, Encik Antti Aavikko (tengah), dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Vokasional Live, Cik Marja Pajulathi tentang bagaimana sekolah itu memperkasa pelajar berkeperluan khas dengan kemahiran.
BELAJAR DARI FINLAND: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), berbincang bersama Pengetua Kolej Vokasional Live, Encik Antti Aavikko (tengah), dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Vokasional Live, Cik Marja Pajulathi tentang bagaimana sekolah itu memperkasa pelajar berkeperluan khas dengan kemahiran. - Foto ERWIN YUHANIS/MOE

Lawatan ke Kolej Vokasional Live di Helsinki, Finland, yang pelajarnya, yang mempunyai spektrum kebolehan berbeza, dididik bagi menyediakan mereka untuk kehidupan selepas sekolah, adalah satu pengalaman yang memperkayakan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Demikian rumusan Dr Maliki, yang mengetuai satu delegasi Kementerian Pendidikan (MOE) melawat Finland dan Denmark dari 4 hingga 10 Oktober.

Semasa lawatan ke Kolej Vokasional Live, Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), disambut pengetuanya, Encik Antti Aavikko, dan ketua pegawai eksekutifnya, Cik Marja Pajulathi.

“Sambutan mesra dan wawasan mereka sangat luar biasa. Kami berbincang bagaimana Kolej Vokasional Live memperkasa pelajar berkeperluan khas dengan kemahiran yang berharga untuk kerjaya mereka,” kata Dr Maliki dalam satu catatan Facebook pada Khamis.

Lawatan ke sekolah itu sebahagian daripada usaha mengukuhkan hubungan dua hala dan menggalak kerjasama dalam bidang pendidikan antara Singapura dan Finland.

Pada Khamis, Dr Maliki turut menganjurkan majlis resepsi bersama Setiausaha Pemerintah Finland, Encik Lauri Tierala, untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dan Finland.

“Ini menggariskan persahabatan hebat antara negara kita... Kita perlu belajar daripada satu sama lain dan bekerjasama dengan baik dalam pendekatan kita terhadap pendidikan, kemampanan, dan penyelesaian iklim,” kata Dr Maliki dalam satu catatan Instagram pada Jumaat.

Dalam lawatannya, Dr Maliki diiringi Duta Singapura Tidak Bermastautin ke Finland, Profesor Cheong Koon Hean, dan satu delegasi Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang diketuai Pengerusi ITE, Encik Andrew Chong.

Antara matlamat lain lawatan itu ialah menunjuk sokongan bagi perkongsian ITE dan institut Finland dan Denmark.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg