Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki sambut lawatan Putera Brunei ke S’pura

Sep 12, 2023 | 9:39 PM
HUBUNGAN DUA HALA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (kiri) menyambut Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah (kanan), ketika beliau melawat Singapura pada Selasa.
HUBUNGAN DUA HALA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (kiri) menyambut Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah (kanan), ketika beliau melawat Singapura pada Selasa. - Foto FACEBOOK DR MALIKI OSMAN

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menyambut Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, ke Singapura pada Selasa di bawah program Fellowship Pertukaran Lee Kuan Yew.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), dan Putera Abdul Mateen melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di mana mereka diberi taklimat tentang pelbagai program dan kemudahan yang disediakan ITE kepada pelajar muda dan dewasa.

Menurut catatan Facebook Dr Maliki pada Selasa malam, ITE menawarkan program dan kemudahan tersebut untuk melengkapi pelajar ITE dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mereka maju dalam profesion pilihan mereka.

Ketika makan tengah hari selepas lawatan mereka ke ITE Kolej Central, Dr Maliki dan Putera Abdul Mateen menegaskan semula hubungan dua hala unik dan bersejarah antara Singapura dan Brunei yang telah dibina di atas asas yang dibentangkan mendiang Seri Begawan dan Encik Lee Kuan Yew.

Dalam catatan Facebooknya, Dr Maliki berkata: “Singapura akan sentiasa menghargai persahabatan erat kami dengan Brunei dan komited untuk bekerjasama rapat dengan Brunei untuk meningkatkan kerjasama kami – daripada keselamatan makanan kepada perkhidmatan awam, dan daripada pertahanan kepada pendidikan dan seterusnya.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg