Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawatan rasmi pertama Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ke S’pura

Aug 30, 2024 | 5:34 PM
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari 31 Ogos hingga 2 September, atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari 31 Ogos hingga 2 September, atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. - Foto REUTERS

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari 31 Ogos hingga 2 September, atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Guterres ke Singapura sebagai Setiausaha Agung PBB.

Encik Guterres juga akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam. Beliau juga akan bertemu Encik Wong yang akan menjadi tuan rumah majlis makan tengah hari sebagai penghormatan kepada Encik Guterres.

Encik Guterres juga akan bertemu Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong.

Semasa di Singapura, Encik Guterres akan dihoskan dalam satu lawatan ke Marina Barrage serta makan tengah hari oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Cik Grace Fu.

Beliau juga akan dihoskan dalam satu lawatan ke Perpustakaan Daerah Punggol oleh Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, diikuti dengan majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.

Encik Guterres akan diiringi oleh Setiausaha Agung Rendah bagi Dasar di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung, Encik Guy Ryder serta para pegawai lain PBB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg