Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawatan Tunku Mahkota Johor ke S’pura meliputi MOU kerjasama bola sepak

Jul 9, 2023 | 7:31 PM
KUNJUNGAN MUHIBAH: Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura antara 10 hingga 12 Julai.
KUNJUNGAN MUHIBAH: Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura antara 10 hingga 12 Julai. - Foto FACEBOOK HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari 10 hingga 12 Julai 2023 atas undangan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Tunku Ismail akan diiringi isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, serta pembesar istana dan pemimpin negeri Johor.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, akan menjadi tuan rumah pada pasangan diraja ini untuk sesi minum teh, manakala Dr Balakrishnan dan isteri akan menjadi hos bagi jamuan makan malam sebagai memberi penghormatan buat mereka.

Tunku Ismail juga akan bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, pula akan mengiringi beliau dalam lawatan ke Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), manakala Menteri Negara (Pendidikan), Cik Gan Siow Huang, pula akan menjadi tuan rumah pada lawatan Tunku Ismail ke Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian.

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) juga akan dimeterai antara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Johor yang akan disaksikan Tunku Ismail dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang.

MOU itu memberi ruang untuk kerjasama dalam pembangunan bola sepak, termasuk pelaksanaan perlawanan piala bola sepak tahunan antara pasukan pilihan Singapura dan pilihan Johor dari 2024 dan selanjutnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg