Lebih 1,000 klinik GP akan buka sepanjang Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 1,000 klinik GP akan buka sepanjang Tahun Baru Cina

Feb 15, 2026 | 6:06 PM

Lebih 1,000 klinik GP akan buka sepanjang Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kesihatan,  klinik GP, dibuka sepanjang Tahun Baru Cina
Orang ramai boleh menyemak laman web GPGoWhere untuk mendapatkan maklumat tentang waktu operasi dan lokasi 1,095 klinik yang buka sepanjang tempoh sambutan Tahun Baru Cina. - Foto fail

Lebih 1,000 klinik perubatan umum (GP) akan dibuka bagi orang ramai yang memerlukan jagaan perubatan sepanjang tempoh sambutan Tahun Baru Cina dari 16 hingga 18 Februari.

Orang ramai yang memerlukan bantuan perubatan boleh menyemak laman web GPGoWhere untuk mendapatkan maklumat tentang waktu operasi dan lokasi 1,095 klinik berkenaan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada 15 Februari.

MOH menambah bahawa pesakit dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum pergi ke klinik.

Mereka yang rasa kurang sihat juga disarankan agar mendapatkan rawatan di pusat penjagaan perubatan yang sesuai.

Mereka yang kurang sihat dan mengalami gejala ringan digalakkan mengunjungi klinik GP atau klinik 24 jam.

Sementara itu, mereka yang mengalami gejala serius atau mengancam nyawa, termasuk sakit dada, sesak nafas dan pendarahan yang tidak terkawal, disarankan agar terus pergi ke jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E) hospital.

MOH menambah bahawa mereka yang mengalami masalah perubatan ringan harus mengelak daripada menghubungi talian 995 untuk memastikan rawatan segera dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan khidmat kecemasan.

Mereka yang memerlukan nasihat tentang pusat penjagaan perubatan yang sesuai boleh menghubungi talian bantuan NurseFirst yang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 11 malam, di 6262-6262.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg