Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 1,000 penduduk Marsiling-Yew Tee berkumpul tonton PM Wong angkat sumpah

May 15, 2024 | 8:46 PM
Lebih 1,000 penduduk dari seluruh Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee berkumpul untuk menonton acara angkat sumpah Encik Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri keempat Singapura secara langsung di kawasan lapang bersebelahan Stesen MRT Yew Tee, pada 15 Mei. 
Lebih 1,000 penduduk dari seluruh Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee berkumpul untuk menonton acara angkat sumpah Encik Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri keempat Singapura secara langsung di kawasan lapang bersebelahan Stesen MRT Yew Tee, pada 15 Mei.  - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Lebih 1,000 penduduk dari seluruh Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee berkumpul di kawasan lapang bersebelahan Stesen MRT Yew Tee untuk mengalu-alukan pelantikan Encik Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri keempat Singapura, pada 15 Mei.

Encik Wong ialah penasihat akar umbi untuk Limbang, yang merupakan sebahagian daripada GRC Marsiling-Yew Tee. Anggota Parlimen (AP) lain dalam GRC yang sama termasuk Menteri Negara Kanan (SMS) Zaqy Mohamad, Mayor Alex Yam, dan Cik Hany Soh.

Para penduduk dihiburkan dengan persembahan secara langsung dan sesi nyanyian bersama oleh artis tempatan seperti Aden Tan, Michelle Tay, Rahila Rashun, Angel Vaishilee dan Rachel Chua.

Menurut satu kenyataan dari Pejabat GRC Marsiling-Yew Tee pada 11 Mei, melalui acara itu, penduduk dari setiap lapisan usia berpeluang memupuk rasa kebersamaan dan keterangkuman.

Dengan siaran secara langsung, ia memberi peluang kepada penduduk Marsiling-Yew Tee untuk memperingati peristiwa penting dan bersejarah itu, tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg