Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 2.4j lalui imigresen Woodlands, Tuas cuti Hari Raya Haji

Jun 18, 2024 | 6:28 PM
Lebih 2.4 juta penggembara telah menggunakan pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Hari Raya Haji antara 13 dengan 17 Jun, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu hantaran di Facebook pada 18 Jun.
Lebih 2.4 juta penggembara telah menggunakan pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Hari Raya Haji antara 13 dengan 17 Jun, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu hantaran di Facebook pada 18 Jun. - Foto ICA

Lebih 2.4 juta orang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Hari Raya Haji antara 13 dengan 17 Jun, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu hantaran di Facebook pada 18 Jun.

Pada 14 Jun sahaja, lebih 530,000 pelawat menyeberangi kedua-dua pusat pemeriksaan itu – rekod tertinggi jumlah orang yang melalui pusat pemeriksaan darat dalam sehari, kata ICA.

“Bilangan pelawat paling tinggi dalam rekod itu, ditambah dengan lebih ramai pelawat berkereta menyebabkan trafik panjang dari Malaysia.

“Di tengah-tengah rekod bilangan pelawat itu, pegawai kami kekal berwaspada dalam mencegah kemasukan individu dan barangan yang diseludup, tidak sah atau tidak diingini, serta memastikan keselamatan pengembara,” kata ICA.

Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memeriksa kereta pengembara untuk mencegah kemasukan individu dan barangan yang diseludup, tidak sah atau tidak diingini.
Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memeriksa kereta pengembara untuk mencegah kemasukan individu dan barangan yang diseludup, tidak sah atau tidak diingini. - Foto ICA

Pada 14 Jun, ICA berkata lebih 510,000 pelawat melintasi Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands pada 13 Jun dan menasihatkan pelawat supaya mengambil kira lebih banyak masa yang diperlukan untuk melalui imigresen kerana trafik di pusat pemeriksaan darat dijangka “kekal sesak teruk”.

Dalam kenyataan pada 18 Jun, ICA menambah bahawa ia memantau keadaan trafik dalam masa nyata dan menempatkan pegawai sewajarnya untuk menguruskan situasi trafik yang berubah-ubah.

Trafik juga dijangka kekal “sesak teruk” di kedua-dua pusat pemeriksaan darat sepanjang cuti sekolah Jun, yang berakhir pada 23 Jun.

“Pelawat dinasihatkan supaya memeriksa keadaan lalu lintas sebelum memulakan perjalanan dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk pelepasan imigresen.

“ICA turut memohon persefahaman dan kerjasama mereka supaya bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga disiplin lorong, dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi,” kata ICA.

Semasa hujung minggu panjang Good Friday dari 28 Mac hingga 1 April, hampir 2.3 juta orang melepasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, melebihi 455,000 lintasan setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg