Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 25 taman, 50km penghubung taman baru jelang 2030

Mar 5, 2025 | 7:15 PM
Taman baru di Teacher’s Estate Park, Yio Chu Kang Road seluas kira-kira 8 hektar akan mempunyai taman terapeutik dan taman permainan alam semula jadi.
Taman baru di Teacher’s Estate Park, Yio Chu Kang Road seluas kira-kira 8 hektar akan mempunyai taman terapeutik dan taman permainan alam semula jadi. - Foto NPARKS

Rakyat Singapura boleh menantikan lebih banyak ruang hijau dengan lebih 25 taman baru dan lebih 50 kilometer penghubung taman yang bakal siap menjelang 2030, kata Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.

Ini termasuk lapan taman baru yang telah ditambah dalam perancangan pembangunan seperti Farrer Park, Spottiswoode di kawasan Tanjong Pagar dan Woodgrove di Woodlands.

Taman baru itu terletak di kawasan perumahan, membawa penduduk lebih dekat dengan alam semula jadi.

Bercakap di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Pembekalan (COS) pada 5 Mac, Encik Tan berkata Lembaga Taman Negara (NParks) sedang membuat kemajuan yang baik ke arah mencapai sasaran 500 kilometer penghubung taman menjelang 2030.

“Sehingga akhir 2024, kita telah membina 391 kilometer penghubung taman, yang panjangnya sama dari timur ke barat Singapura, digandakan hampir lapan kali.

“Dengan lapan taman dan 13 kilometer penghubung taman ditambah pada saluran paip ruang hijau, kita menyasarkan untuk membangunkan lebih daripada 25 taman baru dan lebih 50 kilometer penghubung taman, yang rakyat Singapura boleh nantikan dalam tempoh lima tahun akan datang,” tambahnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 5 Mac, NParks berkata ia telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada 2021 di bawah Pelan Hijau Singapura 2030 untuk membangunkan 130 hektar taman baru menjelang 2026 – setahun lebih awal daripada jadual.

Lebih 50 kilometer penghubung taman, termasuk taman di Yishun Avenue 1, Bukit Panjang North dan Pioneer Road North, juga akan siap dibina dalam tempoh lima tahun akan datang, tambahnya.

Semasa berucap, Encik Tan berkongsi bahawa NParks akan terus menjalankan kajian konsep ke atas lebih 100 hektar kawasan pembangunan taman yang berpotensi pada tahun-tahun akan datang, dengan tujuan untuk membawa lebih banyak ruang hijau lebih dekat kepada semua rakyat Singapura.

Menjawab soalan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) dan Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) mengenai akses dan keterangkuman ruang hijau, Encik Tan memberi jaminan Nparks telah berusaha untuk menjadikan ruang hijau lebih mudah diakses dan inklusif.

“Kita kini mempunyai 17 taman terapeutik dalam kalangan taman kita di seluruh negara, dan ini lebih separuh daripada sasaran kita untuk memiliki 30 taman menjelang 2030.

“Sementara kita mengembangkan rangkaian taman pada tahun-tahun akan datang, kita akan menggabungkan lebih banyak landskap terapeutik dan ciri pro-kesihatan jika sesuai, seperti di Teacher’s Estet Park akan datang, Taman Compassvale Walk, dan taman di Spottiswoode,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg