Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 30 rakan kongsi korporat tawar diskaun, penjimatan kepada keluarga besar

Feb 28, 2025 | 5:48 PM
Lebih 30 rakan kongsi korporat telah turut serta untuk memberi tawaran kepada keluarga yang mempunyai tiga anak atau lebih bagi menyokong Skim Keluarga Besar (LFS).
Lebih 30 rakan kongsi korporat telah turut serta untuk memberi tawaran kepada keluarga yang mempunyai tiga anak atau lebih bagi menyokong Skim Keluarga Besar (LFS). - Foto ST

Lebih 30 rakan kongsi korporat telah mengambil bahagian untuk memberi tawaran kepada keluarga yang mempunyai tiga anak atau lebih bagi menyokong Skim Keluarga Besar (LFS).

LFS merupakan antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sebagai sebahagian Belanjawan 2025 pada 18 Februari, untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada pasangan yang mempunyai tiga anak atau lebih.

Memberi perkembangan terkini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Cik Indranee Rajah, berkata tawaran tersebut akan merangkumi diskaun bagi khidmat sewa privet dan penjimatan bagi barangan runcit.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Pembekalan (COS) PMO pada 28 Februari sebagai menjawab pertanyaan Encik Wip Hon Weng (Yio Chu Kang) mengenai perlunya sokongan seluruh masyarakat untuk mengubah norma dan menggalakkan keluarga lebih besar.

“Kami (pihak pemerintah) menyokong (usulan Encik Yip). Kami berharap LFS akan mencanak gerakan masyarakat untuk meraikan dan menyokong keluarga besar ini.

“Kami telah mengadakan perbincangan pihak korporat untuk menyokong LFS dengan menawarkan tawaran untuk keluarga dengan tiga anak atau lebih… lebih 30 rakan kongsi meliputi sektor berbeza telah mengambil bahagian,” ujar Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara) dan Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar.

Beliau memberi contoh syarikat perkhidmatan sewa privet Grab dan Gojek, yang akan menawarkan diskaun bagi tempahan kenderaan lebih besar.

FairPrice Group juga akan menawarkan harga borong bagi keluarga besar agar mereka dapat berjimat ketika membeli barangan runcit penting, sambil menambah butiran lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan akan diumumkan kelak.

“Kami menggalakkan lebih banyak pihak korporat supaya menyertai kami dalam gerakan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cik Indranee juga mengulas tentang penggunaan Kredit LifeSG, memandangkan LFS merangkumi sokongan Kredit LifeSG Keluarga Besar (LFLC) $1,000 setahun bagi setiap anak ketiga dan seterusnya pada tahun-tahun anak-anak itu berumur satu hingga enam tahun.

Beliau berkata LFLC boleh digunakan bagi membeli barangan runcit di pasar raya utama atau menokok kad SimplyGo bagi keluarga untuk kegunaan pengangkutan awam.

Ia juga boleh digunakan untuk perjalanan melalui pengendali pengangkutan yang menerima bayaran kod QR NETS, seperti melalui teksi ComfortDelGro, ujarnya, sambil menambah maklumat lanjut berkenaan akses dan penggunaan kredit tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg