Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 400 pelajar teroka peluang kerjaya dalam sesi rangkaian anjuran Mendaki

Jul 18, 2024 | 7:18 PM
Para peserta di sebuah reruai semasa Sesi Rangkaian YOUth@M³ untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat sukarela dengan Mendaki.
Para peserta di sebuah reruai semasa Sesi Rangkaian YOUth@M³ untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat sukarela dengan Mendaki. - Foto YAYASAN MENDAKI

Pelajar dari universiti, politeknik dan madrasah tempatan berkumpul di Google Singapore pada 13 dan 14 Julai untuk berkongsi perspektif, membina portfolio dan meneroka peluang dalam pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya, serta meraih inspirasi bagi membentuk masyarakat untuk masa hadapan.

Lebih 400 peserta yang hadir adalah dari kawasan barat laut, tenggara dan tengah, timur laut dan barat daya Singapura merentasi 11 M³@Bandar.

Bertema, ‘Menyokong Laluan Kejayaan Pelajar’, terdapat empat sesi rangkaian dengan setiap sesi memberi peluang kepada peserta menjalani laluan kepimpinan.

Mereka mengenali personaliti dan kekuatan masing-masing, mempelajari teknologi terkini yang meningkatkan inovasi dan bekerjasama dengan satu sama lain melalui kegiatan bersifat pengalaman. 

Sesi rangkaian itu juga berfungsi sebagai wadah bagi peserta berinteraksi dengan beberapa karyawan yang memberikan pandangan tentang sektor pertumbuhan.

Para peserta turut berpeluang berinteraksi bersama beberapa penasihat akar umbi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC)

Antaranya ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (GRC Tampines); Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (GRC East Coast); Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (GRC Marsiling-Yew Tee); dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).

Pelajar turut dianugerahkan sijil sebagai pengiktirafan atas pencapaian pelajaran mereka. 

Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkata:

“Kejayaan mempunyai makna yang berbeza bagi setiap orang. Sangat digalakkan bahawa belia kita berazam untuk meneroka laluan konvensional dan bukan konvensional, serta peluang sukarela untuk membawa perubahan positif dalam diri, keluarga serta masyarakat.”

Menurut Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong), beliau berbesar hati kerana berpeluang bertemu dengan pelajar daripada pelbagai profil dan acara itu “baik untuk mempelajari kepentingan membina rangkaian, meningkatkan kemahiran dan pelbagai sokongan yang tersedia bagi membantu mereka mencapai aspirasi mereka”.

Sesi Rangkaian YOUth@M3 2024 anjuran Yayasan Mendaki, diadakan bersempena dengan Raikan Ilmu, gerakan utama masyarakat Melayu/Islam untuk meraikan ilmu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian daripada budaya kita.

Sesi itu mengikuti Persidangan Masyarakat Gemilang (MGC) yang diadakan di tempat yang sama pada 13 Julai dengan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, sebagai tetamu terhormat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg