Lebih 500 isi rumah raih manfaat barangan dapur hasil kerjasama Mendaki, rakan korporat, masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 500 isi rumah raih manfaat barangan dapur hasil kerjasama Mendaki, rakan korporat, masyarakat

Setiap pek mengandungi pilihan makanan sihat bagi menyokong hidangan berkhasiat sepanjang Ramadan
Feb 20, 2026 | 8:06 PM

Lebih 500 isi rumah raih manfaat barangan dapur hasil kerjasama Mendaki, rakan korporat, masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mendaki, ramadan, Yayasan Mendaki Ramadan 2026, Pek barangan runcit Ramadan, Masjid Al-Islah, Bantuan makanan sihat Singapura, Mendaki 2030 Sentiasa Bersamamu, Bazaar Bestari 2026, Mosque Tech Challenge
Mendaki mengagihkan barangan dapur Ramadan kepada lebih 500 isi rumah di serata kejiranan yang diselia Masjid Al-Islah, Masjid An-Nur, Masjid Kampung Siglap dan Masjid Maarof. - Foto MENDAKI

Yayasan Mendaki dengan kerjasama Yayasan FairPrice dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), telah membungkus dan mengagihkan lebih 500 pek barangan runcit Ramadan kepada keluarga memerlukan, sekali gus memanfaatkan lebih 1,500 individu di kawasan kejiranan yang diselia Masjid Al-Islah, Masjid An-Nur, Masjid Kampung Siglap dan Masjid Maarof.

Pek barangan tersebut disediakan dengan teliti pada 19 Februari, oleh 70 sukarelawan daripada rakan korporat dan masyarakat, menurut satu kenyataan Mendaki pada 20 Februari.

Setiap pek mengandungi pilihan makanan sihat bagi menyokong hidangan berkhasiat sepanjang Ramadan, termasuk epal segar, kurma dan susu, selain beras perang, minyak kanola serta garam rendah natrium, kiub perasa dan sos rendah garam.

Turut disertakan ialah minuman malt, bubur segera, bijirin sarapan, biskut pelbagai jenis, pes kari dan mentega kacang.

Barangan keperluan harian seperti lampin bayi juga diagihkan bagi meringankan beban keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Encik Feroz Akber, berkata:

“Ramadan adalah waktu untuk bermuhasabah, memupuk ihsan dan memperkukuh sikap saling membantu, terutama bagi keluarga yang berdepan tekanan kewangan.

“Ia mengingatkan kita akan kepentingan saling menjaga satu sama lain, terutamanya keluarga yang mengkin menghadapi tekanan kewangan,.”

Menurut beliau, inisiatif itu bukan sekadar menyediakan keperluan asas, malah memberi ketenangan fikiran dan menjaga maruah penerima.

Kerjasama merentas sektor ini, tambahnya, membuktikan kesan besar yang boleh dicapai apabila pertubuhan berganding bahu demi kesejahteraan masyarakat.

Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Kampung Siglap, Encik Azman Mohd Ariffin, pula menekankan bahawa kerjasama berterusan dengan Mendaki membolehkan sokongan lebih menyeluruh diberikan kepada keluarga memerlukan sepanjang bulan suci ini.

Dalam pada itu, Mendaki turut menyokong Bazaar Bestari 2026 anjuran MudaSG bersama Majlis Pelajar Masjid Wak Tanjong di Wisma Mendaki pada 12 dan 13 Februari lalu.

Kempen sumbangan itu menggalakkan pemberian berhemah menerusi pengumpulan pakaian Hari Raya terpakai yang masih elok untuk diagihkan kepada keluarga kurang berkemampuan dan pekerja migran.

Selain itu, acara Mosque Tech Challenge 2026 bakal berlangsung di Masjid Ar-Raudhah pada 7 dan 8 Mac, mengajak belia membangunkan huraian digital demi manfaat masyarakat.

Usaha ini mencerminkan semangat ‘Sentiasa Bersamamu’ di bawah gagasan Mendaki 2030, berteraskan nilai Kesyukuran, Ihsan dan Keprihatinan dalam membina masyarakat yang lebih kukuh dan berdaya tahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg