Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 5,000 kes denggi, 7 kematian pada suku pertama 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 5,000 kes denggi, 7 kematian pada suku pertama 2024

Mar 31, 2024 | 05:54 PM



Orang ramai yang telah atau pernah dijangkiti denggi digesa melindungi diri mereka daripada gigitan nyamuk untuk membantu mengekang penularan penyakit itu pada waktu Singapura kini bergelut dengan lonjakan lebih 5,000 kes denggi pada suku pertama 2024.

Jumlah ini lebih dua kali ganda jumlah kes yang dicatat dalam tempoh yang sama pada 2023.

Sehingga 25 Mac, tujuh orang maut akibat denggi sejauh ini pada 2024, dedah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Menjelang kebiasaan timbulnya musim denggi antara Mei dengan Oktober, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, melancarkan Kempen Pencegahan Denggi Kebangsaan 2024 di Bukit Batok pada 31 Mac.

Kempen ini bertujuan memastikan masyarakat terus berwaspada dan membantu mengurangkan risiko jangkitan denggi.

Ketika ditemui media, Encik Baey berkata: “Tahun lalu atau 2023, sebenarnya adalah tahun yang baik bagi catatan kes denggi. Kita berdepan dengan sekitar 9,900 kes. Jumlah ini hampir 70 peratus kurang daripada tahun penularan wabak sebelumnya (pada 2022). Tetapi apa yang membimbangkan ialah pada tahun ini (2024), kita melihat peningkatan bilangan kes denggi.”

Pada 2023, jumlah kes denggi mencecah 9,949 kes – penurunan 69 peratus daripada 32,173 kes pada 2022. Terdapat enam kematian pada 2023 dan 19 kematian pada 2022.

Kes denggi yang dilaporkan secara mingguan pada 2024, secara purata, telah melebihi 300 kes dari pertengahan Februari walaupun terdapat sedikit penurunan kepada 222 kes untuk minggu antara 24 hingga 28 Mac, jelas laman NEA.

Menurut Encik Baey, pesakit denggi juga boleh memainkan peranan mereka dalam menghentikan penularan virus denggi dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan gigitan nyamuk selanjutnya.

Ini termasuk dengan menyembur racun serangga di sudut gelap di sekitar rumah mereka, menggunakan ubat serangga dengan kerap dan memakai baju lengan panjang serta seluar panjang.

Nyamuk dijangkiti apabila ia menggigit seseorang yang dijangkiti virus denggi. Nyamuk yang dijangkiti kemudian boleh menyebarkan virus kepada orang lain dengan menggigit mereka.

NEA kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH), poliklinik dan klinik umum bagi menyebarkan pesanan ini dan mengingatkan pesakit yang sedang pulih daripada denggi supaya mengambil langkah berjaga-jaga, tambah Encik Baey.

Menurutnya lagi, langkah tersebut perlu memandangkan kebanyakan daripada tujuh individu yang mati akibat denggi pada 2024 adalah warga emas, yang lebih terdedah kepada denggi.

“Kita perlu lebih berhati-hati kerana penduduk yang semakin menua dengan kita juga berharap semua orang dapat mengesan kawasan pembiakan nyamuk dan menghentikan penularan denggi,” katanya.

Warga emas berisiko tinggi mendapat penyakit yang lebih teruk dan kematian akibat denggi, terutamanya jika mereka juga mempunyai penyakit kronik lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >