Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 750,000 isi rumah sudah tebus baucar CDC

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 750,000 isi rumah sudah tebus baucar CDC

Jumlah keseluruhan $8j dibelanjakan penduduk sejak dilancar 3 Jan
Jan 05, 2024 | 06:16 PM



Lebih 750,000 daripada 1.27 juta isi rumah di Singapura telah pun menebus baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $500 sejak ia dilancarkan pada 3 Januari.

Sehingga 5 Januari, dianggarkan $8 juta Baucar CDC 2024 telah dibelanjakan sekitar 60 peratus penerima baucara itu di beberapa perniagaan, penjaja dan pasar raya yang mengambil bahagian, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) dan Mayor CDC South West, Cik Low Yen Ling. 

“Jumlah $500 adalah jumlah tertinggi yang diberikan dalam pengagihan keempat ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pemerintah untuk membantu penduduk dengan kos sara hidup.

“Kami berharap baucar CDC ini berguna untuk membantu penduduk membiayai perbelanjaan harian dan menyuntik rangsangan tambahan kepada perniagaan, terutamanya semasa tempoh perayaan dan permulaan tahun persekolahan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook pada 5 Januari.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sebelum ini berkata baucar itu adalah sebahagian daripada pakej komprehensif sokongan daripada pemerintah untuk mengurangkan kesan inflasi.

Bercakap semasa pelancaran Baucar CDC 2024 pada 3 Januari, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, turut berkongsi jumlah peniaga yang mengambil bahagian, meningkat lebih daripada dua kali ganda, daripada 11,000 pada 2021 kepada lebih 23,000 perniagaan.

Cik Low berkata sejak ia diperkenalkan, Skim Baucar CDC telah mencetuskan sokongan bersama yang berterusan dalam kalangan penduduk, penjaja, pengusaha gerai dan peniaga serta sukarelawan belia.

“Kami telah menyaksikan banyak kisah menyentuh hati tentang penduduk yang menyokong antara satu sama lain dalam satu cara atau yang lain.

“Sukarelawan pelajar, duta digital dan duta CDC bersedia untuk membimbing penduduk dengan penebusan baucar di kelab masyarakat terdekat mereka.

“Pihak CDC akan terus mengembangkan rangkaian dan memupuk kerjasama untuk menyokong penduduk kami dengan lebih baik melalui program kami,” tambahnya.

Isi rumah yang layak yang masih belum menebus baucar CDC mereka boleh berbuat demikian secara digital menerusi laman web go.gov.sg/cdcv.

Mereka juga boleh mencari senarai cawangan yang mengambil bahagian di go.gov.sg/cdcvouchers.

Selepas salah seorang anggota isi rumah telah menebus baucar CDC, mereka kemudian boleh berkongsi dengan anggota isi rumah yang lain dengan menghantar pautan baucar kepada mereka.

Mereka yang menghadapi masalah menebus baucar CDC secara digital boleh mendapatkan bantuan di pelbagai pusat atau kelab masyarakat serta Hab Masyarakat Digital SG.

Keutamaan akan diberikan kepada warga emas dan golongan kurang upaya.

Dalam pada itu, sehingga 16 Januari, seramai 500 sukarelawan belia dan pelajar dari sekolah serta Rangkaian Belia di bawah Pergerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) akan berada di kelab masyarakat terpilih untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >