Lebih 80% naik taraf bawah Projek Nur Ala Nur 2.0 Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah kini siap

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 80% naik taraf bawah Projek Nur Ala Nur 2.0 Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah kini siap

Sokong beli kurma amal; sumbangan infak, wakaf, dan zakat harta dialu-alu

Lebih 80% naik taraf bawah Projek Nur Ala Nur 2.0 Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah kini siap

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Setelah lebih setahun pembinaan bagi bangunan tambahan di bawah Projek Nur Ala Nur 2.0, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, kini telah siap lebih 80 peratus.
Setelah lebih setahun pembinaan bagi bangunan tambahan di bawah Projek Nur Ala Nur 2.0, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, kini telah siap lebih 80 peratus. - Foto MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

USTAZAH MASNIA NASSIM

Alhamdulillah, Ramadan bakal menjelma lagi. Tahun 2026 ini menandakan tahun ketiga Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah melaksanakan Projek Nur Ala Nur 2.0, yang kebetulan bertepatan dengan ketibaan bulan mulia ini.

Sepanjang lebih setahun pembinaan bangunan tambahan atau annex berlangsung, dengan izin Allah swt, kini ia telah siap melebihi 80 peratus.

Lif kedua untuk memudahkan akses ke tingkat lima telah dipasang dan hanya menunggu sambungan set generator.

Enam bilik darjah juga telah siap dan hanya menanti pemasangan kerusi, meja pelajar, serta peralatan mengajar.

Ruang terbuka di bahagian bawah bangunan kini sudah tersergam rapi, hanya memerlukan sentuhan akhir agar benar-benar sempurna.

Insya-Allah, dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang, setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa, bangunan ini dapat digunakan sepenuhnya.

Kami amat berterima kasih kepada semua penderma yang sentiasa menyokong projek ini. Tanpa sumbangan anda, impian melihat bangunan tambahan ini menjadi kenyataan tidak akan tercapai.

Seiring dengan kedatangan Ramadan, Madrasah Wak Tanjong sekali lagi menganjurkan projek Jualan Kurma Amal, bermula pertengahan bulan Syaaban ini.

Kurma yang ditawarkan agak berbeza daripada yang biasa di pasaran. Kurma ini merupakan kurma madu basah asli dari Iran, dijual pada harga hanya $10 sekotak.

Bagi yang berminat, kurma ini boleh ditempah secara dalam talian atau dibeli terus di bangunan madrasah pada waktu pejabat.

Khidmat penghantaran juga disediakan bagi yang tidak berkesempatan hadir. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi kami di talian 6741-0131.

Selain itu, kaum Muslimin dan Muslimat juga digalakkan agar terus menyumbang kepada Projek Nur Ala Nur 2.0 melalui infak, wakaf, dan zakat harta.

Semoga setiap sumbangan yang dicurahkan mendapat ganjaran berlipat ganda, terutama sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan.

Marilah kita menyambut Ramadan dengan hati yang ikhlas, sambil menyokong usaha pendidikan Islam yang akan terus melahirkan generasi berilmu dan bertakwa.

Penulis mudirah di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

SEKILAS

1. Anda boleh menderma dengan menggunakan PayNow ke UEN: S55MM0002D, atau hantarkan cek atas nama Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

2. Hubungi talian 6741-0131 atau e-mel kepada mwti@mwti.edu.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut.

3. Kunjungi Facebook@MWTI Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah untuk mengikuti perkembangan terbaru madrasah.

4. Langsung ke pejabat Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah di alamat 589 Sims Avenue, Singapura 387600.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg