Lebih 800 keluarga terima bantuan Sinda sempena Ramadan, Hari Raya
Lebih 800 keluarga terima bantuan Sinda sempena Ramadan, Hari Raya
Lebih 800 keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan melalui inisiatif Pek Hadiah Perayaan (FGP) Hari Raya 2026 yang dianjurkan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) selama sebulan.
Di bawah inisiatif tersebut, barangan runcit keperluan dan juadah perayaan diagihkan bagi meringankan beban kewangan, sekali gus membolehkan keluarga-keluarga tersebut menjalani ibadah puasa dengan tenang dan lebih gembira menjelang Hari Raya.
Ketua Pegawai Eksekutif Sinda, Encik Anbarasu Rajendran, berkata melalui usaha ini, Sinda bukan sekadar memberikan bantuan barangan, malah untuk menyampaikan mesej kepada keluarga-keluarga tersebut bahawa mereka tidak sendirian.
Setiap pek hadiah bernilai $150 dan merupakan hasil sumbangan bersama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Mohamed Mustafa Samsudin Co Pte Ltd dan Syed Mohamed Traders (Singapore) Pte Ltd.
Ia mengandungi barangan makanan sihat seperti beras perang, susu, rempah beriani, kurma serta baucar runcit bernilai $120 untuk keperluan harian dan barangan makanan yang diperlukan bagi hidangan perayaan.

