Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 800,000 isi rumah tebus baucar CDC terkini

Jan 5, 2025 | 7:45 PM
Agihan keenam Baucar CDC telah dilancarkan pada 3 Januari 2025, dan akan sah sehingga 31 Disember.
Agihan keenam Baucar CDC telah dilancarkan pada 3 Januari 2025, dan akan sah sehingga 31 Disember. - Foto ST

Lebih 800,000 isi rumah warga Singapura telah menebus agihan terbaru Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $300 dalam masa dua hari selepas pelancarannya.

Ini membentuk lebih 60 peratus daripada 1.33 juta isi rumah warga Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, dalam satu hantaran Facebook pada 5 Januari.

“Kami gembira Baucar CDC akan digunakan dengan baik pada tahun baru ini (2025), terutamanya dengan permulaan persekolahan bagi kebanyakan keluarga Singapura dan Tahun Baru Cina yang semakin hampir,” katanya, lapor The Straits Times.

Agihan keenam baucar itu dilancarkan pada 3 Januari, dan akan sah hingga 31 Disember.

Bertujuan membantu rakyat Singapura meringankan perbelanjaan harian mereka, separuh daripada baucar itu boleh digunakan di pasar raya dan separuh di gerai penjaja serta perniagaan kejiranan yang mengambil bahagian.

Cik Low berkata beliau merasa senang melihat penduduk mengharungi proses penebusan digital baucar itu dengan lancar, dengan ada yang menerima bantuan daripada jiran, rakan, sukarelawan dan duta.

Ini, tambahnya, “benar-benar mencerminkan semangat kerjasama masyarakat kita sedang kita berganding bahu ke arah mencapai negara bijak”.

Mereka yang masih belum menuntut baucar itu boleh berbuat demikian di laman web RedeemSG.

“Sepanjang lima agihan yang lalu, kami menyaksikan bagaimana Skim Baucar CDC, satu inisiatif unik Singapura, telah menyatukan seluruh negara, merangkumi nilai-nilai penting yang mentakrifkan SG60: Menjaga antara satu sama lain, berhubung dengan pelbagai masyarakat dan menyumbang kepada tujuan yang baik,” kata Cik Low.

SG60 adalah sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura pada 2025.

Sejumlah $1.6 bilion telah dibelanjakan daripada lima agihan sebelumnya.

Ini termasuk $907 juta yang dibelanjakan di gerai penjaja dan perniagaan kejiranan yang mengambil bahagian, serta $689 juta di pasar raya yang mengambil bahagian.

Pada 2024, 1.3 juta isi rumah menuntut baucar tersebut, membelanjakan kira-kira $1.008 bilion.

Daripada jumlah ini, $500 juta – hampir separuh daripada jumlah keseluruhan – dibelanjakan di gerai penjaja dan perniagaan kejiranan yang mengambil bahagian. Baki $508 juta dibelanjakan di pasar raya yang mengambil bahagian.

Walaupun baucar 2024 hanya sah hingga 31 Disember 2024, baki baucar yang tidak digunakan masih boleh didermakan kepada badan amal dari sekarang hingga 31 Januari.

Cik Low berkata: “Ketika kita melancarkan agihan keenam Skim Baucar CDC 2025 (Januari), kita menandakan satu peristiwa penting dalam memperingati SG60.

“Marilah kita terus mengekalkan semangat perpaduan dan hati penyayang yang menentukan semangat unik Singapura kita.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg