Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 950,000 isi rumah HDB bakal terima rebat U-Save, S&CC pada Jan

Rebat bagi bantu isi rumah berpendapatan rendah, sederhana tangani peningkatan kos sara hidup, kenaikan GST
Dec 30, 2024 | 6:06 PM
Isi rumah yang layak akan menerima sehingga $285 dalam U-Save untuk bil utiliti mereka bergantung pada jenis rumah flat mereka.
Isi rumah yang layak akan menerima sehingga $285 dalam U-Save untuk bil utiliti mereka bergantung pada jenis rumah flat mereka. - Foto ST

Lebih 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal menerima rebat bagi bil utiliti dan penyenggaraan pada Januari, sebagai sebahagian daripada skim pemerintah untuk membantu mereka dengan kos sara hidup.

Bergantung pada jenis rumah flat mereka, isi rumah yang layak akan menerima sehingga $285 dalam U-Save untuk bil utiliti mereka. 

Isi rumah juga akan menerima rebat setengah bulan untuk Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC), tidak termasuk isi rumah di flat eksekutif atau berbilang generasi.

Sebagai contoh, isi rumah yang tinggal di flat empat bilik akan menerima $225 rebat U-Save dan sebulan S&CC, manakala penghuni flat satu dan dua bilik akan mendapat $285 U-Save dan satu bulan S&CC.

Isi rumah bagi semua jenis flat juga layak menerima rebat S&CC setengah bulan sekali seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Rebat utiliti akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun utiliti SP Services bagi isi rumah yang layak.

Sementara itu, rebat S&CC akan dikreditkan secara langsung oleh majlis bandaran.

Secara keseluruhan, isi rumah yang layak akan menerima 2.5 kali ganda jumlah U-Save biasa, atau sehingga $950, selepas pembayaran keempat dan terakhir untuk tahun kewangan 2024.

Secara purata, ini akan meliputi kira-kira lapan bulan bil utiliti mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik, dan sekitar empat bulan bil utiliti bagi mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik.

Rebat ini adalah sebahagian daripada skim Baucar GST dan Pakej Jaminan kekal untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana menangani peningkatan kos sara hidup dan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan.

Ia diagihkan setiap tiga bulan – April, Julai, Oktober dan Januari – setiap tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg