Lebih banyak khidmat bas, MRT dilanjut pada malam Hari Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak khidmat bas, MRT dilanjut pada malam Hari Raya

Mar 6, 2026 | 5:45 PM

Lebih banyak khidmat bas, MRT dilanjut pada malam Hari Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, public transport, SMRT, Hari Raya
Perkhidmatan kereta api di semua enam laluan MRT akan dilanjutkan pada 20 Mac, begitu juga perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol (SPLRT). - Foto fail

Orang ramai yang melakukan perjalanan lewat pada malam Hari Raya Puasa, iaitu pada 20 Mac, akan mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan dengan sebahagian perkhidmatan kereta api dan bas tertentu dilanjutkan.

Perkhidmatan kereta api di semua enam laluan MRT akan dilanjutkan pada hari tersebut, dan begitu juga perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol (SPLRT).

Namun, perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Changi tidak akan dilanjutkan, umum SMRT.

Waktu operasi 53 laluan bas tertentu juga akan dilanjutkan.

Kereta api terakhir bagi Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur-Barat (EWL) akan berlepas dari stesen MRT City Hall pada 12.30 tengah malam.

Bagi Laluan Circle (CCL), kereta api terakhir akan berlepas dari Dhoby Ghaut menuju ke HarbourFront pada 11.55 malam.

Manakala kereta api terakhir dari HarbourFront menuju ke Dhoby Ghaut akan berlepas pada 11.30 malam.

Di Laluan Thomson-East Coast (TEL), kereta api terakhir akan berlepas dari stesen Woodlands North pada tengah malam 21 Mac dan dari stesen Bayshore pada 12.12 pagi, 21 Mac.

Sementara itu, perkhidmatan Laluan Timur Laut (NEL), Laluan Downtown (DTL) dan SPLRT akan dilanjutkan sekitar setengah jam pada 20 Mac, kata SBS Transit.

Antara perkhidmatan bas yang akan dilanjutkan ialah perkhidmatan 222, 225G, 228 dan 229, dengan bas terakhir berlepas dari Pusat Tukaran Bas Bedok pada 1 pagi, 21 Mac.

Bas terakhir bagi perkhidmatan 143M, 333, 334 dan 335 pula akan berlepas dari Pusat Tukaran Bas Jurong East pada 1.50 pagi, 21 Mac.

Manakala bas terakhir bagi perkhidmatan 901, 911, 912A, 912B dan 913 akan berlepas dari Pusat Tukaran Bas Woodlands pada 1.25 pagi, 21 Mac.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan go.gov.sg/hrpe-op-hr-ext-200326.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg