Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih banyak langkah keselamatan bagi pertunjukan dron MBS selepas ramai penonton hadir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak langkah keselamatan bagi pertunjukan dron MBS selepas ramai penonton hadir

Feb 12, 2024 | 02:32 PM



Marina Bay Sands (MBS) mengambil langkah keselamatan tambahan selepas persembahan bertema naganya menarik kehadiran besar penonton pada 10 Februari, mencetuskan kebimbangan keselamatan.

Persembahan Legend of the Dragon Gate, yang menampilkan pergerakan 1,500 dron secara serentak dan membentuk pertunjukan udara di tebingan Marina Bay, juga diadakan pada 11, 12, 16, 17 dan 18 Februari pada 8 malam.


Beberapa pengunjung yang menghadiri pertunjukan percuma pada 10 Februari lalu itu membuat pos media sosial untuk mengadu tentang pelbagai masalah, termasuk kesesakan, kekurangan papan tanda yang jelas dan jalan keluar tersekat.

Terdapat juga laporan orang ramai bergegas kembali ke dalam pusat membeli-belah yang penuh sesak itu untuk mencari perlindungan daripada hujan lebat yang turun secara tiba-tiba sedang persembahan bermula, menyebabkan keadaan huru-hara kerana ada orang pula cuba bergerak ke arah bertentangan untuk melihat persembahan itu.

Seorang jurucakap MBS memberitahu The Straits Times (ST) bahawa terdapat beberapa ribu orang dianggarkan hadir untuk melihat persembahan pertama itu.


Dalam satu kenyataan pada 11 Februari, MBS berkata ia telah menambah kakitangan keselamatan dan mengaktifkan pelan keselamatan untuk acara besar, sama seperti yang digunakan semasa kiraan detik Hari Tahun Baru, untuk menguruskan dengan lebih baik orang ramai yang dijangkakan bagi persembahan dron akan datang.

Akauntan, Cik Seraphina Tang, memberitahu ST bahawa beliau mempunyai “pengalaman mengecewakan”, sambil menyatakan semua orang mula bergegas ke depan ke kawasan tebingan Marina Bay 10 minit sebelum persembahan bermula.

““Seorang lelaki telah menyiku ibu saya yang sudah tua untuk (lelaki itu) ke depan. Beliau (Ibu saya) terpukul di perut dan terbatuk-batuk selepas itu,” kata wanita berusia 37 tahun itu.

Seorang penonton lain pula seronok menonton persembahan dron pada hari pertama Tahun Baru Cina. Cik Divya Venkataraman, seorang guru berusia 41 tahun, menyifatkan persembahan itu sebagai “ajaib”.

“Saya dapat menghargai usaha gigih yang telah dilakukan di sebalik pertunjukan yang menakjubkan ini. Walaupun hujan turun secara mendadak, persembahan itu agak mempesona, dan hujan tidak melemahkan semangat saya,” katanya.

Untuk baki lima persembahan, MBS menasihatkan penumpang untuk menggunakan stesen MRT yang lain untuk mengelakkan kesesakan di MRT Bayfront. Mereka yang berada di Mist Walk perlu menggunakan Stesen MRT Downtown, manakala mereka yang berada di The Helix Bridge harus menggunakan Stesen MRT Promenade.

Pintu masuk dan keluar pusat membeli-belah di The Shoppes boleh ditutup secara bertahap-tahap untuk mengawal kepadatan orang ramai dari 5 petang hingga 10 malam pada malam persembahan, kata MBS.

Pengunjung juga boleh menikmati persembahan daripada beberapa kawasan lain di sepanjang tebingan Marina Bay sepanjang 3.5 kilometer, kata jurucakap MBS.

Maklumat lanjut mengenai langkah itu boleh didapati di laman web MBS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >