Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak peluang bangun kerjaya bagi pekerja pentadbiran, jagaan kesihatan

Oct 16, 2024 | 5:47 PM
Walaupun terdapat skim kewangan untuk jururawat dan guru kekal dalam kerjaya, pemerintah mengambil pendekatan yang berbeza untuk pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan, kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.
Walaupun terdapat skim kewangan untuk jururawat dan guru kekal dalam kerjaya, pemerintah mengambil pendekatan yang berbeza untuk pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan, kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam. - Foto ST

Walaupun terdapat skim kewangan untuk jururawat dan guru supaya kekal dalam kerjaya, pemerintah mengambil pendekatan yang berbeza untuk pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan, kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Bercakap di Parlimen pada 16 Oktober, Cik Rahayu berkata bagi kumpulan ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memberikan perhatian khusus untuk mereka semula bentuk peranan dan laluan kerjaya mereka supaya mereka mempunyai lebih banyak peluang pembangunan dan kemajuan dalam kerjaya.

“MOH telah bekerjasama dengan kelompok kesihatan untuk membangunkan peranan Care Support Associate (kakitangan jagaan sokongan) (CSA), dan Patient Service Associate (kakitangan khidmat pesakit) (PSA), yang menggabungkan peranan yang lebih luas seperti penjagaan pesakit, pentadbiran dan operasi.

“Ini sedang dilancarkan, dengan sokongan latihan tersedia, untuk membolehkan kakitangan sedia ada mengambil alih peranan yang diperluaskan,” kata Cik Rahayu.

Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam berkata pemerintah mengambil pendekatan yang berbeza untuk menarik dan menggalakkan pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan untuk kekal dalam kerjaya mereka.
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam berkata pemerintah mengambil pendekatan yang berbeza untuk menarik dan menggalakkan pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan untuk kekal dalam kerjaya mereka. - Foto MDDI

Beliau menjawab soalan yang difailkan oleh Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) yang bertanya sama ada terdapat sebarang skim untuk menggalakkan pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan untuk kekal dan membina kerjaya dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

Beliau menggunakan contoh seperti Anugerah bagi Adab, Kecemerlangan dan Kesetiaan Jururawat (Angel) yang diberi kepada jururawat dan juga pelan Connect untuk guru-guru, yang bertujuan untuk menarik dan menggalakkan mereka kekal dalam kerjaya.

Dalam jawapannya, Cik Rahayu berkata pemerintah mengambil kira faktor seperti saluran prospek pengambilan pekerja, persaingan global, sifat pekerjaan, struktur kerjaya dan apa yang diperlukan untuk peranan penjagaan kesihatan itu.

Bagi skim Angel, beliau menambah jururawat membentuk sebahagian besar tenaga kerja di institusi penjagaan kesihatan awam dan oleh itu, perlu mempunyai skim sedemikian untuk mengekalkan mereka.

Ini sama seperti para guru, yang membentuk sebahagian besar sektor awam yang perlu dikekalkan, tambahnya.

Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) bertanya sama ada terdapat sebarang skim untuk menggalakkan pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan  kekal dan membina kerjaya dalam sektor penjagaan kesihatan awam.
Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) bertanya sama ada terdapat sebarang skim untuk menggalakkan pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan kekal dan membina kerjaya dalam sektor penjagaan kesihatan awam. - Foto MDDI

“Pemerintah ambil kira keperluan semua pekerja penjagaan kesihatan serta pekerja pentadbiran dan sokongan penjagaan kesihatan adalah penting bagi kami tetapi kita melakukannya dengan cara yang berbeza.

“Kami sentiasa menyemak gaji semua pekerja penjagaan kesihatan di institusi penjagaan kesihatan awam untuk memastikan gaji mereka adil dan berdaya saing, dan kami akan terus meneroka pelbagai cara untuk menarik dan mengekalkan mereka,” kata Cik Rahayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg