Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lee Hsien Loong akhiri lawatan kerja ke Amerika Syarikat

Nov 15, 2024 | 7:27 PM
Encik Lee (kanan) sempat bertemu dengan pengasas Bloomberg, Encik Mike Bloomberg dalam lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat.
Encik Lee (kanan) sempat bertemu dengan pengasas Bloomberg, Encik Mike Bloomberg dalam lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat. - Foto FACEBOOK LEE HSIEN LOONG

Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong telah mengakhiri lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat pada 14 November.

Beliau telah mengadakan lawatan itu antara 10 dengan 14 November, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 15 November.

Di Boston, Encik Lee menyampaikan ceramah Edwin L. Godkin 2024 di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy Universiti Harvard dan bertemu dengan Lembaga Pengarah dan Felo Pusat Belfer untuk Sains dan Hal Ehwal Antarabangsa.

Kenyataan itu juga berkata bahawa Encik Lee telah mendekati warga Singapura yang berpangkalan di Massachusetts dalam satu majlis majlis resepsi.

Di New York, Encik Lee menghadiri GIC Insights 2024 di mana beliau menandakan ulang tahun ke-40 kehadiran Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) di Amerika Syarikat sebagai Pengerusi Lembaga GIC.

Encik Lee juga mengadakan pertemuan yang produktif dengan pemikir strategik serta pemimpin korporat terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Mereka membincangkan perkembangan geopolitik, masa depan ekonomi global, dan peranan kepimpinan Amerika dalam menegakkan aturan global berasaskan peraturan dan menangani cabaran global.

Dalam satu catatan Facebook beliau pada 15 November, Encik Lee melahirkan rasa senangnya dapat bertemu dengan rakan-rakan lama seperti pengasas Bloomberg, Encik Mike Bloomberg dan Emeritus Presiden Majlis Perhubungan Asing, Encik Richard N. Haas.

“Pertemuan itu produktif. Kami membincangkan pelbagai isu, termasuk perkembangan geopolitik, masa depan ekonomi global, dan peranan kepimpinan Amerika dalam menegakkan aturan global berasaskan peraturan dan menangani cabaran global.

“Saya juga ‘jalan-jalan’ dalam cuaca dingin yang selesa sebelum meninggalkan New York. Ia bandar yang tiada lainnya!” tambah Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg