Lega sedikit ada bantuan zakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lega sedikit ada bantuan zakat

Bilangan penerima naik hasil jangkauan lebih meluas, masyarakat lebih sedar tentang bantuan, kata Muis
Mar 8, 2026 | 5:30 AM

Lega sedikit ada bantuan zakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Cik Hadijah Mohamed Eusope (tiga dari kanan) bersama keluarganya – anak-anaknya Sofia Insyirah Sanusi (kanan), Nur Syahindah Sanusi (dua dari kanan), Muhammad Hariz Sanusi (dua dari kiri) dan Muhammad Haziq Sanusi (kiri), serta ibu bapanya Mohamed Eusope Jantan (tiga dari kiri) dan Kamisah Mamat. Keluarga beliau merupakan antara 10,500 penerima yang dibantu melalui pakej sokongan Ramadan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bernilai $4.3 juta.
Cik Hadijah Mohamed Eusope (tiga dari kanan) bersama keluarganya – anak-anaknya Sofia Insyirah Sanusi (kanan), Nur Syahindah Sanusi (dua dari kanan), Muhammad Hariz Sanusi (dua dari kiri) dan Muhammad Haziq Sanusi (kiri), serta ibu bapanya Mohamed Eusope Jantan (tiga dari kiri) dan Kamisah Mamat. Keluarga beliau merupakan antara 10,500 penerima yang dibantu melalui pakej sokongan Ramadan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bernilai $4.3 juta. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Cik Hadijah Mohamed Eusope terpaksa melepaskan kerjayanya sekitar 12 tahun lalu demi menjadi ‘benteng’ utama buat anak bongsunya.

Anaknya, Muhd Hariz Sanusi, kini berusia 12 tahun, mengalami spina bifida – penyakit saraf tulang belakang yang membuatnya tidak dapat berjalan – sejak dilahirkan dan memerlukan rawatan serta pemantauan perubatan berterusan.

“Doktor beritahu saya kalau boleh jangan kerja kerana keadaan anak saya perlukan banyak perhatian dan saya perlu sering ulang alik ke hospital,” kata Cik Hadijah, 49 tahun.

Sejak itu, suaminya menjadi satu-satunya pencari nafkah bagi kesemua lapan anggota keluarga yang tinggal sebumbung – termasuk ibu bapa Cik Hadijah yang sudah uzur.

Bagi meringankan beban kewangan keluarga, suri rumah itu dirujuk kepada Masjid Al-Mawaddah untuk membuat permohonan dana zakat.

Cik Hadijah merupakan antara 10,500 penerima yang dibantu pada 2026 melalui pakej sokongan Ramadan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bernilai $4.3 juta.

Pakej bantuan tersebut lebih tinggi berbanding $3.08 juta yang diagihkan kepada sekitar 8,200 penerima pada Ramadan 2025, serta $2.6 juta kepada sekitar 8,600 penerima pada 2024.

Pakej itu merangkumi $3.5 juta daripada dana zakat dan $800,000 daripada sumbangan fidyah.

Peningkatan jumlah penerima zakat 2026 mencerminkan keberkesanan usaha ‘turun padang’ yang lebih meluas serta kesedaran masyarakat yang lebih tinggi tentang saluran bantuan yang tersedia, menurut Muis.

Usaha itu didorong, antaranya, oleh langkah proaktif masjid membuat lawatan dari rumah ke rumah bagi memaklumkan penduduk mengenai program dan bantuan zakat yang tersedia.

Ini selain kerjasama strategik antara Muis, masjid dan agensi khidmat sosial yang memudahkan proses mendapatkan bantuan dan juga inisiatif pendidikan awam seperti SalamSG, Zakat.sg dan Muslim.sg yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat.

Muis juga telah menyemak semula kriteria kelayakan pendapatan per kapita isi rumah (PCI) bagi bantuan kewangan zakat daripada $400 kepada $500 seorang, sekali gus membolehkan lebih ramai keluarga layak memohon bantuan.

Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) di Masjid En-Naeem, Ustazah Sarima Jantan, menjelaskan dalam podcast NoTapis baru-baru ini bahawa kos sara hidup merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada meningkatkan jumlah penerima zakat.

“Isu ini menjejas ramai dan meningkatkan lagi masalah kewangan mereka,” katanya.

Namun, beliau memuji kesedaran masyarakat yang semakin tinggi untuk tampil mencari bantuan.

Mengulas tentang peranan zakat, Ustazah Sarima berkata bantuan tersebut turut berfungsi sebagai pelengkap kepada skim bantuan sosial lain yang sedia ada.

“Setiap klien yang bertemu kami untuk memohon bantuan mempunyai keperluan yang berbeza.

“Dengan adanya sokongan zakat ini, kita dapat bantu mereka mengikut keperluan individu atau keluarga mereka,” jelasnya.

Cik Hadijah berkata:

“Dengan zakat, beban kita dulu dapat dikurangkan.

“Kita dapat bina semula kestabilan kewangan kita dan juga keyakinan kita sebagai keluarga dengan perlahan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg