Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Legasi Pertapis sebagai badan dakwah masih kekal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERTAPIS COMMUNITY SERVICES LIMITED (PCS)

Legasi Pertapis sebagai badan dakwah masih kekal

Mar 12, 2024 | 05:30 AM



Madrasah Pertapis Community Services Limited (PCS) mengutamakan pengajaran fardu ain, bahasa Arab dan kelas mengaji kepada pelajarnya.

Ini bagi pembentukan akhlak dan jati diri seseorang Muslim yang baik.

Ia turut memberi potongan bayaran yuran kepada yang memerlukan bantuan.

“Program pendidikan agama yang ditawarkan di Pertapis Community Services Limited (PCS) menitikberatkan pentingnya bimbingan agama yang baik lagi menyeluruh untuk keluarga dan masyarakat.

“Peranan PCS adalah mahu memastikan keluarga Melayu Islam terus berkeupayaan mendapat pendidikan Islam yang baik lagi sempurna untuk anak-anak kita,” jelas Pengarah Pertapis Community Services, Encik Hussaini Abdullah.

Pertapis Community Services ditubuhkan pada 30 Mei 2012 bagi meneruskan kegiatan dakwah melalui pendidikan dan pembelajaran agama di madrasah-madrasah yang dahulunya dikendalikan oleh Pusat Kebajikan dan Pendidikan Pertapis.

Madrasah PCS yang terletak di Bukit Panjang, Tampines dan Punggol menyediakan kelas-kelas pembelajaran agama hujung minggu, pada peringkat prasekolah, rendah, menengah dan remaja. Kini ada seramai lebih 400 pelajar di Madrasah PCS.

PCS menyediakan tenaga pengajar yang bertauliah dalam pendidikan Islam untuk semua golongan selain memastikan prasarana yang mencukupi bagi pelaksanaan pengajaran yang baik; kemudahan yang memberi keselesaan kepada guru dan pelajar, serta tempat yang selamat serta mudah dikunjungi.

“Di samping itu, PCS juga mengadakan program ilmiah untuk golongan remaja dan dewasa, ceramah agama bagi memastikan pendidikan agama memenuhi kedua-dua keperluan amalan dan kerohanian, yang dapat disempurnakan.

“Ini sejajar dengan matlamat PCS membentuk masyarakat Muslim yang baik, kehidupan bersandarkan suruhan Al-Quran, sunah Rasulullah saw dan adat resam; sejajar peringatan yang disampaikan leluhur kita; hidup serumpun bak serai, susunan bak sirih, hidup bertunjang adat, adat bersendi syarak dan syarak bersendi kitabullah,” ujar Encik Hussaini.


PCS turut menawarkan kelas dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ia memberi potongan bayaran yuran kepada yang memerlukan bantuan agar tiada yang ketinggalan dalam mendalami ilmu ukhrawi.

Sesi Kongsi Bersama Kami (Share with ME) akan diperkenalkan melalui Kumpulan Sokongan Ibu bapa (Parent Support Group). Matlamat kumpulan itu adalah merapatkan hubungan madrasah dengan ibu bapa di samping menggalakkan ibu bapa sebagai pasangan-belajar agar anak-anak mendapat bimbingan dan mencari penyelesaian secara bersama.


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Pendidikan Pertapis di Blok 256, Bangkit Road, #02-71 atau hubungi talian 9627-5924 atau 9088-9455.

Anda juga boleh melungsuri laman laman web, https://pcs.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >