Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 41 tahun akan didakwa bunuh wanita di Pusat Makan Maxwell

Sep 7, 2024 | 5:25 PM
Seorang lelaki berusia 41 tahun akan didakwa di mahkamah dengan tuduhan membunuh selepas kematian seorang wanita berusia 48 tahun yang dikenalinya di Pusat Makan Maxwell.
Seorang lelaki berusia 41 tahun akan didakwa di mahkamah dengan tuduhan membunuh selepas kematian seorang wanita berusia 48 tahun yang dikenalinya di Pusat Makan Maxwell. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

Seorang lelaki berusia 41 tahun akan didakwa di mahkamah dengan tuduhan membunuh pada 8 September.

Ini berikutan kematian seorang wanita berusia 48 tahun di Pusat Makan Maxwell dekat Chinatown.

Menerusi satu kenyataan, polis berkata lelaki itu ditangkap pada 1.36 pagi, 7 September, di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Bukit Merah East selepas dia memberitahu pegawai polis bahawa dia telah menikam seorang wanita.

Polis berkata mereka telah mengerahkan pegawai mereka ke sebuah pusat makan dekat Kadayanallur Street dan menemui wanita itu terbaring.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di pusat makan itu pada 1.35 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa dan lelaki itu saling mengenali.

Jika didapati bersalah membunuh, lelaki itu boleh dijatuhi hukuman gantung.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg