Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suami isteri didakwa atas kematian anak lelaki berusia 8 bulan

Sep 3, 2024 | 4:35 PM
Lelaki dan perempuan tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pada 3 September 2024
Lelaki dan perempuan tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pada 3 September 2024 - Foto fail

Sepasang suami isteri didakwa di mahkamah pada 3 September berhubung kematian bayi mereka yang berusia lapan bulan.

Chloe Gan Ci Xuan, 21 tahun, dituduh menyebabkan kematian Trevor Neo, manakala Neo Jia Ming, 25 tahun, dikatakan membiarkan ia berlaku.

Neo didakwa gagal mengambil langkah untuk melindungi anaknya.

Pasangan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Hougang pada 1 September.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan keadaan yang menyebabkan kematian Trevor dan bagaimana ia berlaku.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata pegawainya telah dimaklumkan mengenai kematian kanak-kanak itu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK hampir 1 pagi pada 2 September.

Pasangan itu diberkas tidak lama selepas itu. Kes mereka telah ditangguhkan hingga 24 September.

Jika sabit kesalahan, pasangan itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Mereka juga boleh dikenakan denda atau rotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg