Seorang lelaki berusia 42 tahun akan didakwa pada 12 Ogos atas tuduhan menyalahgunakan wang derma masjid.

Dalam satu kenyataan pada 11 Ogos, pihak polis memaklumkan bahawa mereka menerima laporan pada 16 Mei yang mendakwa lelaki tersebut – seorang kakitangan masjid – telah menyalahgunakan wang daripada tabung derma masjid.

Siasatan awal mendapati dia dipercayai telah menyalahgunakan wang masjid berjumlah lebih $14,000 antara Februari dengan Mei 2026. Wang tersebut telah diamanahkan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya, tambah pihak polis.

Dia dijangka didakwa di mahkamah pada 12 Ogos atas kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekerja. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda.

Pihak polis menyatakan bahawa mereka memandang serius sebarang perbuatan yang melibatkan penipuan atau ketidakjujuran, sambil menambah:

“Pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.”