Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki bawa pisau cuba rompak minimart dengan berpakaian labuh

Jul 17, 2023 | 6:12 PM
GAGAL MEROMPAK: Polis merampas baju labuh lengan panjang berwarna hitam, tudung dan sarung tangan yang dikenakan suspek semasa dia cuba merompak minimart di Lorong 1 Toa Payoh.
GAGAL MEROMPAK: Polis merampas baju labuh lengan panjang berwarna hitam, tudung dan sarung tangan yang dikenakan suspek semasa dia cuba merompak minimart di Lorong 1 Toa Payoh. - Foto SPF

Seorang lelaki berbaju labuh telah membuat percubaan merompak sebuah minimart dengan sebilah pisau.

Namun, dia keluar dengan tangan kosong selepas pekerja di kedai tersebut menjerit meminta tolong, lapor The Straits Times pada Isnin.

Mahmoud Abdeltawwab Riad Abdelhak, 38 tahun, kini menghadapi satu tuduhan cubaan merompak.

Kesnya ditangguhkan pada 24 Julai.

Polis berkata pihaknya dimaklumkan tentang kes rompakan di kedai runcit di Lorong 1 Toa Payoh pada Sabtu sekitar 8.10 pagi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Mahmoud mengenakan pakaian labuh semasa dia cuba merompak mangsa yang sedang mengendalikan minimart itu sendirian.

Namun, dia keluar dari kedai itu selepas mangsa memekik meminta bantuan.

Melalui siasatan, bantuan rakaman kamera polis dan CCTV, pegawai polis daripada Divisyen Polis Tanglin mengenal pasti identiti lelaki itu dan berjaya menahannya dalam tempoh lima jam selepas laporan dibuat.

Baju labuh berlengan panjang dan berwarna hitam, tudung dan sarung tangan turut dirampas.

Menurut polis, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memberkas mereka yang terlibat dalam jenayah melibatkan kekerasan.

Jika berhadapan kes rompakan, orang ramai dinasihatkan supaya bertenang, memerhatikan penampilan fizikal dan ciri-ciri si pesalah dan menghubungi polis secepat mungkin.

Mereka yang didapati bersalah atas cubaan merompak boleh dikenakan hukuman penjara antara dua dengan tujuh tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan rotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg