Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki cuba seludup enam anak kucing dicekup di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Jun 7, 2024 | 4:26 PM
Warga negara Malaysia, Law Wei Bin, telah menyembunyikan enam anak kucing di ‘dashboard’ atau papan pemuka kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands. 
Warga negara Malaysia, Law Wei Bin, telah menyembunyikan enam anak kucing di ‘dashboard’ atau papan pemuka kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands.  - Foto ST

Percubaan seorang lelaki untuk menyeludup enam ekor anak kucing dengan menyembunyikannya di bahagian dashboard atau papan pemuka kereta semasa melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands bukan sahaja gagal malah membawa padah.

Warga negara Malaysia, Law Wei Bin, 28 tahun, telah dihadapkan ke mahkamah pada 7 Jun dan dikenakan enam pertuduhan mengimport haiwan tanpa lesen yang sah – satu lesen bagi setiap anak kucing.

Siasatan menunjukkan, Law ditangkap dengan kucing-kucing itu dalam kenderaan berdaftar Malaysia yang dipandunya pada kira-kira 8.20 malam, 6 Jun.

Enam anak kucing itu ditemui tersembunyi di dalam petak papan pemuka yang telah diubah suai. Kesemua anak kucing itu masih hidup.

Dokumen mahkamah tidak memberikan butiran lanjut tentang cara petak papan pemuka diubah suai atau cara kesalahan yang didakwa ditemui.

Jika sabit kesalahan, Law berdepan denda maksimum $10,000, penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan.

Law kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000. Kesnya akan dibicarakan semula pada 5 Julai ini.

Pada Ogos 2023, seorang tukang kayu cuba menyeludup 10 anak anjing dan tiga anak kucing dari Malaysia ke Singapura dalam petak yang diubah suai di bawah tempat duduk penumpang belakang di dalam kenderaannya.

Dia ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands semasa pemeriksaan rutin. Lima daripada anjing itu mati dalam tempoh dua minggu dengan punca kematian diberikan sebagai radang paru-paru bakteria, yang menyebabkan masalah pernafasan.

Wong Cai Long, 25 tahun, yang bersetuju untuk menyeludup haiwan tersebut untuk membayar hutangnya, dijatuhi hukuman penjara sehingga 40 minggu pada November 2023.

Dalam perbicaraan mahkamah Wong, pendakwa raya Lembaga Taman Negara, Encik Shafiuddin Ong, berkata kesemua 13 haiwan diuji positif bagi virus yang mudah berjangkit dan disebarkan melalui sentuhan najis-mulut dan menyebabkan penyakit gastrointestin pada anjing dan kucing.

Pendakwa raya menambah bahawa persekitaran yang sempit dan pengudaraan yang buruk di dalam petak kenderaan berkemungkinan memudahkan penularan virus berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg