Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki culik wanita dengan pisau di Yishun mengaku salah

May 28, 2024 | 6:57 PM
Mohamed Faizal (tengah) telah mengacu pisau ke leher seorang wanita di Blok 108 Yishun Ring Road pada Januari 2023.
Mohamed Faizal (tengah) telah mengacu pisau ke leher seorang wanita di Blok 108 Yishun Ring Road pada Januari 2023. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK DINO KARISHMA

Seorang lelaki, Mohamed Faizal Mohamed Ariff, yang menahan seorang wanita berusia 60 tahun dengan pisau sebagai tebusan berhampiran kedai kopi di Yishun pada 2023, mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah, membuat gangguan dan menculik pada 28 Mei.

Lelaki berusia 43 tahun itu akan dijatuhkan hukuman pada 19 Jun.

Pada 9 Januari 2023, Mohamed Faizal mengacu pisau ke leher seorang wanita di Blok 108 Yishun Ring Road.

Dia memberitahu mahkamah pada 28 Mei bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah Ice ketika kejadian itu.

Dia didapati positif bagi dadah tersebut melalui ujian air kencing ke atasnya yang dilakukan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), lapor The Straits Times (ST).

Video insiden tersebut yang disiarkan di Facebook menunjukkan pegawai dari Pasukan Respons Kecemasan (ERT) Pasukan Polis Singapura (SPF) di tempat kejadian.

ERT adalah unit taktikal khusus yang dilengkapi kemahiran taktikal untuk bertindak balas terhadap serangan pengganas, dan kes melibatkan senjata api serta senjata berbahaya, seperti pisau.

Para pegawai tersebut yang memakai jaket kalis peluru dan bersenjata senapang, kemudian melucutkan senjata Mohamed Faizal dan menangkapnya.

Wanita itu mengalami kesan melecet di mukanya.

Mohamed Faizal telah ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan kesihatan.

Bagi kesalahan menculik, pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun, didenda, dirotan, atau menerima gabungan hukuman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg