Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas terhidu asap daripada kebakaran yang dipercayai disebabkan oleh alat mobiliti peribadi (PMD) pada 1 Oktober.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 132 Potong Pasir Avenue 1 pada 2.55 petang, lapor The Straits Times (ST).
Siasatan awal menunjukkan kebakaran itu kemungkinan bermula daripada PMD di ruang tamu, menurut SCDF.
SCDF berkata lelaki tersebut telah dibawa keluar dari unit tingkat pertama dan dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Jumlah kebakaran yang melibatkan PMD telah meningkat dalam tiga tahun kebelakangan ini.
SCDF mengatakan terdapat 20 kebakaran seperti itu pada separuh pertama 2025, berbanding 10 kebakaran dalam tempoh yang sama pada 2024.
SCDF turut menambah bahawa orang ramai tidak seharusnya membeli atau menggunakan bateri bukan asli dalam alat mobiliti mereka.
Bateri juga tidak boleh dicas dalam tempoh yang panjang atau semalaman.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg