Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa edar Kpod ditangkap di Telok Blangah susulan serbuan CNB

Sep 12, 2025 | 7:20 PM
CNB, vape
Lebih daripada 400 pod vape yang disyaki mengandungi etomidate, serta beberapa lagi bahan berkenaan dengan vape, dirampas sewaktu serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 10 September. - Foto ST

Seorang warga Singapura telah didakwa dengan kesalahan mengedar vape mengandungi etomidate.

Tian Jiacheng, 26 tahun, dikenakan dua tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) pada 12 September.

Dia ditangkap pada 10 September semasa serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi menentang penyalahgunaan vape yang pertama, sejak denda lebih tegas diperkenalkan pada 1 September.

Tian merupakan antara lapan warga Singapura yang ditangkap semasa serbuan di Telok Blangah Rise, Hougang dan Boon Lay Drive.

Menurut laporan The Straits Times (ST), lebih 400 pod vape yang disyaki mengandungi etomidate, serta beberapa lagi bahan berkenaan dengan vape, dirampas ketika serbuan itu.

Menurut senarai dakwaan, Tian disyaki mengedar dadah terkawal Kelas C pada 10 September ketika menjual satu paket mengandungi lima pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate kepada seorang pelanggan bernama Wong Jun Xiang.

Tian turut dituduh memberi dua paket, yang setiap satu mengandungi lima pod vape, yang juga dipercayai dicampurkan dengan etomidate, kepada seorang lagi lelaki untuk tujuan penghantaran.

Menurut dokumen mahkamah, penerima dua paket itu ialah Muhammad Nuh Noordin.

Pendakwa meminta kes Tian ditangguh selama empat minggu, memandangkan laporan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan siasatan belum selesai.

Namun, pendakwa menyatakan bahawa Tian besar kemungkinan dikenakan denda tambahan.

Tian dibenarkan ikat jamin $20,000 dan kesnya akan disambung dengan sesi praperbicaraan pada 13 Oktober.

Jika didapati bersalah, pengedar boleh dikenakan hukuman penjara antara dua dengan 10 tahun, serta dikenakan dua hingga lima sebatan rotan.

Pada 8 September, Derek Khor Boon Chun, 40 tahun, merupakan orang pertama didakwa di bawah MDA, setelah etomidate digolongkan sebagai dadah terkawal Kelas C pada 1 September.

Khor disyaki memiliki 43 Kpod ketika ditangkap di tempat meletak kereta Ang Mo Kio Avenue 4 pada 6 September.

Sehingga 8 September, pihak berkuasa telah menangkap 232 orang di atas kesalahan berkenaan dengan vape.

Penyalahguna etomidate yang ditangkap buat kali pertama boleh didenda $700 jika dia berusia 18 tahun dan ke atas, atau $500 jika berusia di bawah 18 tahun. Mereka juga perlu menghadiri sesi pemulihan sehingga enam bulan.

Mereka yang ditangkap untuk kali kedua wajib menjalani pengawasan selama enam bulan, yang merangkumi ujian dadah dan pemulihan.

Penyalah guna Kpod yang ditangkap untuk kali ketiga atau lebih akan ditahan di pusat pemulihan dadah untuk rawatan. Mereka perlu menjalani ujian dadah dan pengawasan selama setahun.

Mereka di bawah usia 16 tahun pula wajib melalui pengawasan dan ujian dadah selama setahun.

Untuk melaporkan kesalahan berkaitan dengan vape, hubungi talian HSA di 6684-2036 atau 6684-2037, dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Laporan juga boleh dibuat melalui laman web www.go.gov.sg/reportvape.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg