Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa palsukan dokumen, tipu Mendaki bagi pinjaman $15,000

Jul 17, 2024 | 6:37 PM
Seorang lelaki akan dihadapkan ke mahkamah kerana merancang menipu Yayasan Mendaki bagi mendapatkan pinjaman pelajaran.
Seorang lelaki akan dihadapkan ke mahkamah kerana merancang menipu Yayasan Mendaki bagi mendapatkan pinjaman pelajaran. - Foto PIXABAY

Seorang lelaki didakwa memalsukan beberapa dokumen universiti, dengan niat untuk menghantar dokumen-dokumen tersebut kepada Yayasan Mendaki untuk cuba memperdaya badan bantu diri itu agar memberikan pinjaman pengajian sebanyak $15,000.

Pada 17 Julai, Muhammad Hakim Jaffar Abdul Aziz, 33 tahun, didakwa atas satu pertuduhan melakukan pemalsuan bagi tujuan menipu.

Dia berada di Berlin, Jerman, apabila dia didakwa memalsukan lima dokumen antara 29 Disember 2022 dengan 14 Mac 2023.

Dokumen itu termasuk apa yang dikatakannya surat pendaftaran, serta apa yang dipanggil ‘transkrip rasmi’ dari Universiti Antarabangsa Florida.

Muhammad Hakim didakwa mahu menggunakan dokumen-dokumen tersebut untuk memperdaya Yayasan Mendaki agar mempercayai bahawa dia masih berdaftar di universiti berkenaan, supaya dia boleh mendapatkan pinjaman pelajaran.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 14 Ogos.

Bagi melakukan pemalsuan bagi tujuan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg