Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa pandu dalam keadaan mabuk cuba sogok polis

Nov 26, 2024 | 3:25 PM
Warga Indiam Sellakkannu Karuppusamy, didakwa dengan satu pertuduhan bagi setiap kesalahan – memandu lori tanpa berhati-hati, rasuah dan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Warga Indiam Sellakkannu Karuppusamy, didakwa dengan satu pertuduhan bagi setiap kesalahan – memandu lori tanpa berhati-hati, rasuah dan memandu di bawah pengaruh alkohol. - Foto PIXABAY

Seorang pemandu lori yang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dikatakan telah cuba memberi rasuah $150 kepada dua anggota polis tambahan supaya dapat dilepaskan.

Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan bahawa kededua anggota polis, Sarjan Mohamed Halim Jumari dan Sarjan Muhammad Mustaqim Ramli, telah menolak tawaran tersebut.

Sellakkannu Karuppusamy didakwa di mahkamah daerah pada 26 November.

Warga India berusia 32 tahun itu didakwa dengan satu pertuduhan bagi setiap kesalahan – memandu lori tanpa berhati-hati, rasuah dan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut dokumen mahkamah, Sellakkannu didakwa memandu secara zig-zag, dan hampir melanggar sebuah van dan trak di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menuju ke Tuas sekitar 12.20 tengah malam pada 13 Jun.

CPIB dalam kenyataannya berkata kedua-dua anggota polis bantuan kemudian mengarahkan dia menghentikan kenderaannya di persimpangan West Coast Road dan Penjuru Road untuk pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan, Sellakkannu dilaporkan telah menawarkan rasuah $150 kepada kedua-dua anggota polis bantuan itu untuk membebaskannya.

Pihak berkuasa juga mendapati dia didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 57 mikrogram (mcg) alkohol dalam 100 milimeter (ml) semasa pemeriksaan. 

Had yang ditetapkan adalah 35mcg alkohol dalam jumlah nafas yang sama, lapor The Straits Times.

Kes Sellakkannu akan dibicarakan semula di mahkamah pada 26 Disember.

Pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda hingga $100,000 bagi kes rasuah.

Pesalah kali pertama yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda hingga $10,000 manakala pesalah berulang boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $20,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg