Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa pecah masuk rumah, curi wang dan baucar CDC

Jun 2, 2025 | 5:53 PM
CDC, Muhammad Hizwan Hashim
Muhammad Hizwan Hashim, 27 tahun, didakwa mencuri baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $193 serta wang tunai $65 dan RM168 ($50). - Foto PIXABAY

Seorang lelaki yang pernah disabitkan kesalahan memecah masuk rumah pada 2016 dituduh melakukan kesalahan yang sama pada 31 Mei.

Muhammad Hizwan Hashim, 27 tahun, didakwa di mahkamah pada 2 Jun atas tuduhan memecah masuk rumah.

Selepas sabitan pada 2016, dia diarahkan menjalani latihan reformasi, di mana pesalah muda ditahan di pusat khas dan mengikuti rejimen ketat, termasuk latihan fizikal dan kaunseling, lapor The Straits Times (ST).

Pada 31 Mei, dia didakwa membuka kunci jeriji tingkap ruang tamu sebuah flat di Blok 966, Jurong West Street 93 dan memasuki unit tersebut sekitar 3.15 pagi.

Warga Singapura itu didakwa mencuri cetakan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $193 serta wang tunai $65 dan RM168 ($50).

Dalam satu kenyataan pada 1 Jun, polis memaklumkan mereka mendapat maklumat kejadian tersebut beberapa jam kemudian, kira-kira 8 pagi pada hari yang sama.

Pegawai polis telah menahan Hizwan tidak lama kemudian dan barang-barang tersebut berjaya dirampas, menurut jurucakap polis.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 30 Jun.

Bagi kesalahan memecah masuk rumah untuk melakukan jenayah, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda dan dikenakan sebatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg