Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa selepas disyaki tikam mangsa di Yishun

Jun 17, 2025 | 2:34 PM
Prabhakaran Vinayaka, kes tikam
Kesan darah kelihatan pada dinding di kolong Blok 467B Yishun Avenue 6, lokasi insiden tikaman pada 13 Jun, yang melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun. Prabhakaran Vinayaka telah didakwa atas kesalahan menyerang mangsa di lokasi tersebut. - Foto PEMBACA SHIN MIN

Seorang lelaki yang disyaki menikam seorang individu di kolong Blok 467B Yishun Avenue 6 telah didakwa atas kesalahan menyerang pada 17 Jun.

Menurut dokumen mahkamah, Prabhakaran Vinayaka, seorang warganegara Singapura berusia 31 tahun, dipercayai menggunakan objek tajam untuk menikam dada mangsa sekali, beberapa minit sebelum 7.50 malam pada 13 Jun, lapor The Straits Times.

Dalam satu kenyataan, polis memaklumkan bahawa mangsa, lelaki berusia 29 tahun, masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Menurut laporan akhbar bahasa Cina, Shin Min, seorang penduduk memaklumkan bahawa mangsa ialah jirannya dan mangsa sedang bersama dua anaknya ketika kejadian berlaku.

Mangsa dikatakan sempat membawa anak-anaknya pulang ke rumah selepas dicederakan.

Kedua-dua anak itu kemudian pergi ke rumah wanita berkenaan untuk meminta bantuan.

Wanita itu segera bergegas ke rumah mereka dan melihat lelaki tersebut sedang berlumuran darah.

Menurut wanita itu, beliau memberi rawatan kepada mangsa untuk menahan perdarahan dan meminta jiran lain menghubungi ambulans.

Kes Prabhakaran akan disebut semula di mahkamah pada 24 Jun.

Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan senjata untuk melakukan serangan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat, atau menerima gabungan hukuman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg