Topic followed successfully
Go to BHkuLelaki didakwa tampar budak 4 tahun
Lelaki didakwa tampar budak 4 tahun
Mangsa ditampar di perhentian bas sekitar Woodlands
Lelaki didakwa tampar budak 4 tahun
Seorang lelaki yang dituduh menampar seorang budak lelaki berusia empat tahun di sebuah perhentian bas di Woodlands dan mengancam untuk mematahkan jari jemari budak itu telah didakwa di mahkamah pada 7 April.
Muhammad Firdhaus Mokhtar, 36 tahun, didakwa dengan tiga tuduhan bagi serangan, gangguan, dan menggunakan kekerasan jenayah ke atas orang lain.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah perhentian bas berhampiran Blok 875 Woodlands Street 82 sekitar tengah hari 6 Mac.
Maklumat mengenai budak itu tidak boleh didedahkan kerana terdapat perintah sekatan mahkamah untuk melindungi identitinya.
Anak Firdhaus dikatakan ialah rakan sekelas budak lelaki itu pada masa kejadian.
Dokumen mahkamah menyatakan Firdhaus didakwa menampar kedua-dua belah muka budak itu.
Dia juga dikatakan telah memegang lengan kanan budak itu dan menghayunnya ke belakang, menyebabkan budak itu terpaksa melangkah ke belakang.
Dokumen mahkamah turut menyatakan lelaki itu didakwa mengancam untuk mematahkan jari jemari budak itu pada hari berkenaan.
Budak itu kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH),.
Kakitangan hospital kemudian memaklumkan polis pada kira-kira 5 petang pada 6 Mac selepas budak itu didapati mengalami kecederaan pada pipinya.
Pegawai polis menangkap Firdhaus pada hari yang sama, dan kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 28 April.
Bagi kesalahan menyerang kanak-kanak berusia di bawah 14 tahun, pesalah boleh dipenjarakan sehingga enam tahun, didenda sehingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.

