Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa tolak pemandu kereta sewa privet hingga cedera

Jan 23, 2024 | 6:22 PM
SEBABKAN KECEDERAAN: Tok Wee Hoong didakwa menolak Encik Allan Wong semasa berada di atas Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), menyebabkan beliau terjatuh ke dalam longkang.
SEBABKAN KECEDERAAN: Tok Wee Hoong didakwa menolak Encik Allan Wong semasa berada di atas Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), menyebabkan beliau terjatuh ke dalam longkang. - Foto STOMP

Seorang lelaki yang dituduh menolak pemandu kereta sewa privet sehingga beliau terjatuh ke dalam longkang, didakwa di mahkamah pada 23 Januari kerana menyebabkan kecederaan akibat perbuatan melulu.

Tok Wee Hoong, 53 tahun, yang ketika itu pemandu CityCab, dituduh menolak Encik Allan Wong, 59 tahun, di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) ke arah Changi pada sekitar 5.20 pagi, 25 September 2023.

Menurut dokumen mahkamah, Encik Wong terjatuh ke belakang, melepasi pembahagi jalan lalu termasuk ke dalam longkang, lapor The Straits Times (ST).

Dalam video 20 saat yang disiarkan di laman web Stomp pada September 2023, seorang lelaki dilihat berdiri berhampiran pintu di tempat duduk pemandu teksi CityCab yang terbuka, dan sedang berkata-kata dengan seseorang dalam kenderaan itu.

Teksi itu kemudian meluncur ke hadapan dengan pintunya masih terbuka sebelum berhenti. Pemandunya kemudian dilihat melangkah keluar dan menolak mangsa, menyebabkan beliau terjatuh ke belakang.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Cik Grace Wu, wakil syarikat pengangkutan ComfortDelGro yang memiliki CityCab, berkata syarikatnya tidak menganggap remeh kejadian itu dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap pemandu teksi tersebut.

ST telah menghubungi ComfortDelGro pada 23 Januari untuk mengetahui sama ada Tok masih bekerja dengan syarikat itu.

Kes Tok ditangguhkan ke 15 Februari.

Pesalah yang disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas orang lain akibat perbuatan terburu-buru boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun dan denda sehingga $5,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg