Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Lelaki dijel, didenda guna wang kertas palsu $1,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel, didenda guna wang kertas palsu $1,000

Apr 02, 2024 | 04:34 PM



Seorang lelaki yang membeli ubat batuk secara haram daripada penjual dalam talian dan menggunakan wang kertas $1,000 palsu untuk pembelian itu, dijatuhi hukuman penjara dua tahun 10 bulan, serta turut didenda $3,000 pada 2 April.

Khalid Abdullah, 34 tahun, seorang penganggur, membeli ubat itu selepas doktor enggan memberikan ubat tersebut kepadanya pada 2022.

Dia kemudian cuba menukar enam keping wang kertas $1,000 palsu Singapura kepada mata wang asing di cawangan DBS Bank di Woodlands.

Pada Mac, Khalid mengaku bersalah atas satu tuduhan masing-masing kerana menggunakan wang kertas palsu dan memiliki wang tersebut.

Dia juga mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan gangguan, lapor akhbar The Straits Times.


Peguam bela Amarjit Singh Sidhu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah membeli wang kertas dalam denominasi berbeza daripada pembekal di laman e-dagang Shopee.

Dalam prosiding awal, mahkamah mendengar bahawa pada Mac 2022, Khalid meminta doktor di Poliklinik Woodlands supaya memberinya empat botol ubat batuk.

Dia menjadi ganas apabila gagal mendapatkan ubat itu, sehingga timbalan ketua doktor poliklinik dipanggil.

Doktor itu kemudian cuba menjelaskan kepada Khalid bahawa mereka tidak boleh memberinya ubat batuk.

Dia menjadi marah dan menarik baju doktor itu sambil menjerit.

Pada Oktober 2022, Khalid menggunakan wang kertas palsu bernilai $1,000 untuk membeli ubat batuk dan pil tidur bernilai $400 daripada penjual dalam talian yang tidak dibenarkan.

Dia diberi baki $600.

Polis menahan Khalid sebulan kemudian, dan dia ditemui bersama wang kertas palsu bernilai hampir $18,500 dalam simpanannya.

Encik Singh merayu agar Khalid dipenjara selama dua tahun dan enam bulan serta denda $3,000, sambil menekankan bahawa anak guamnya menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan semput.

Beliau menambah bahawa, menurut seorang doktor Institut Kesihatan Mental, Khalid juga mengalami keadaan termasuk gangguan kemurungan dan gangguan penggunaan zolpidem.

Zolpidem adalah ubat yang digunakan untuk merawat insomnia.

Encik Singh memberitahu mahkamah bahawa Khalid menyesali tindakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >