Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditahan di Toa Payoh kerana cederakan orang dengan senjata

Aug 11, 2025 | 12:56 AM
Polis di lokasi kejadian di Blok 168 Toa Payoh Lorong 1, pada malam 9 Ogos.
Polis di lokasi kejadian di Blok 168 Toa Payoh Lorong 1, pada malam 9 Ogos. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK MAMUSGALIBAI

Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan pada 9 Ogos atas kesalahan sengaja mencederakan orang lain menggunakan senjata berbahaya di Toa Payoh, kata polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis memaklumkan pada 10 Ogos bahawa mereka menerima panggilan bantuan di Blok 168 Toa Payoh Lorong 1 sekitar 8.30 malam pada 9 Ogos.

Seorang lelaki berusia 59 tahun telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan sedar, menurut SCDF.

Menurut polis, sebuah pisau lipat telah dirampas sebagai bahan bukti dan siasatan masih sedang dijalankan.

Dalam satu video yang dimuat naik di wadah media sosial TikTok pada 9 Ogos, kelihatan sekurang-kurangnya tiga kereta polis dan sebuah ambulans berada di Blok 168 Toa Payoh Lorong 1, lapor The Straits Times (ST).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg