Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditahan kerana cuba godam portal RedeemSG

Aug 11, 2025 | 12:57 AM
Pasukan RedeemSG membuat laporan polis pada 28 Julai menyusuli beberapa cubaan mencurigakan untuk mengakses pautan baucar di portal tersebut.
Pasukan RedeemSG membuat laporan polis pada 28 Julai menyusuli beberapa cubaan mencurigakan untuk mengakses pautan baucar di portal tersebut. - Foto fail

Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan menggodam sistem baucar digital Pemerintah, RedeemSG.

Pasukan RedeemSG membuat laporan polis pada 28 Julai menyusuli beberapa cubaan mencurigakan untuk mengakses pautan baucar di portal tersebut.

Cubaan itu tidak berjaya dan tiada baucar yang terjejas, kata polis dalam satu kenyataan pada 10 Ogos.

Dalam masa sehari selepas laporan dibuat, pegawai dari Markas Jenayah Siber di bawah Jabatan Siasatan Jenayah berjaya mengenal pasti lelaki tersebut dan menahannya pada 29 Julai.

Pihak berkuasa turut merampas sebuah komputer riba yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu, untuk siasatan lanjut.

Lelaki tersebut kini disiasat atas kesalahan cubaan mengakses bahan komputer tanpa kebenaran di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga $5,000, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan polis masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg