Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Usah terpedaya dengan pautan tidak rasmi bagi baucar CDC: PA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah terpedaya dengan pautan tidak rasmi bagi baucar CDC: PA

Jan 03, 2024 | 07:58 PM



Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menekan pautan tidak rasmi untuk mendapatkan baucar terbaru CDC.

Nasihat itu diberikan sedang beribu-ribu rakyat Singapura pada 3 Januari menyertai barisan beratur di dalam talian untuk mendapatkan baucar CDC bernilai $500 bagi setiap isi rumah di sini.

CDC, yang bernaung di bawah Persatuan Rakyat (PA), menyatakan ia telah memfailkan laporan polis berhubung pautan tidak rasmi yang tersebar dalam talian.

Ia juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan, lapor The Straits Times (ST).


Pautan rasmi untuk menuntut baucar CDC ialah go.gov.sg/cdcv.

CDC meminta orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mempercayai pautan tanpa domain gov.sg

Sehingga 12.30 tengah hari pada 3 Januari, kira-kira 54,000 orang beratur untuk mendapatkan baucar itu, yang boleh digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian dan perniagaan di estet perumahan awam.

PA berkata pautan baucar CDC akan dihantar melalui SMS oleh RedeemSG ke nombor telefon bimbit berdaftar.

Hanya seorang ahli keluarga bagi setiap isi rumah perlu log masuk dengan Singpass untuk menerima baucar itu.

“RedeemSG tidak akan menghantar SMS yang memerlukan butiran peribadi atau perbankan anda,” kata majlis itu.

Ia menambah bahawa pautan baucar unik bermula dengan awalan berikut: https://voucher.redeem.gov.sg

CDC juga dimaklumkan mengenai mesej yang tersebar dalam talian, yang menyatakan pautan rasmi untuk menuntut baucar CDC 2024 adalah satu penipuan.

Pautan rasmi itu akan dikongsi di bahan komunikasi rasmi daripada lima CDC, contohnya, surat pemberitahuan kepada isi rumah, laman web Skim Baucar CDC (voucher.cdc.gov.sg) dan wadah media sosial rasmi CDC.

Setiap isi rumah bakal menerima tambahan $200 bagi baucar CDC 2024.

Baucar itu boleh digunakan di pasar raya, pusat penjaja dan kedai kejiranan.

Mereka yang mengesan mesej mencurigakan berkaitan baucar RedeemSG atau CDC boleh menghubungi PA di 6225-5322, atau polis di 1800-255-0000.

Baucar CDC 2024 yang akan diagihkan kepada kira-kira 1.27 juta isi rumah rakyat Singapura, menelan belanja sekitar $635 juta.

Maklumat rasmi mengenai Skim Baucar CDC boleh diperolehi di https://voucher.cdc.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >