Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditangkap setelah wanita ditemui mati, kanak-kanak cedera di flat Bukit Batok

Jan 6, 2024 | 4:31 PM
LELAKI DITANGKAP: Pada sekitar 11.30 pagi, seorang lelaki yang memakai pakaian perlindungan putih telah diiringi ke kereta polis.
LELAKI DITANGKAP: Pada sekitar 11.30 pagi, seorang lelaki yang memakai pakaian perlindungan putih telah diiringi ke kereta polis. - Foto ST

Seorang lelaki telah ditangkap selepas seorang wanita ditemui mati di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bukit Batok pada pagi 6 Januari.

Seorang kanak-kanak turut cedera dalam kejadian itu.   

Apabila akhbar The Straits Times (ST) tiba di Blok 460B di Bukit Batok West Avenue 9 pada sekitar 11 pagi, sekurang-kurangnya empat kenderaan polis, termasuk van siasatan jenayah telah berada di bawah blok tersebut. 

Pegawai polis berpakaian seragam dan biasa telah mengepung koridor menuju ke unit tingkat dua. 

Pada sekitar 11.30 pagi, seorang lelaki yang memakai pakaian perlindungan putih telah diiringi ke kereta polis.

ST difahamkan ini biasanya dilakukan untuk mengekalkan bukti forensik.   

Pegawai polis sedang menyemak rakaman video di bilik peralatan polis di kolong blok. 

Kawasan sekitar blok itu, termasuk kolong blok dan laluan pejalan kaki awam, dikepung oleh pihak polis. 

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka telah menerima panggilan meminta bantuan sekitar 8.25 pagi. 

Seorang telah disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH). 

Seorang jiran yang tidak ingin dinamakan memberitahu media bahawa lelaki itu merupakan jiran mangsa itu dan mereka sering bertengkar mengenai bunyi bising.

Polis sebelum ini telah dipanggil beberapa kali.   

Beliau menambah bahawa wanita itu mempunyai seorang anak lelaki yang dipercayai berusia sekitar enam tahun. 

Pada kira-kira pukul 2.15 petang, pegawai polis berpakaian biasa dilihat sedang memeriksa tong sampah di pusat tong sampah blok itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg