Seorang lelaki ditemui dengan pisau lipat dalam poketnya di Gereja St Joseph’s di Bukit Timah pada 1 Disember, kurang sebulan selepas seorang paderi ditikam di gereja itu pada 9 November.
Lelaki itu sedang membantu polis dengan siasatan.
Menerusi satu kenyataan, polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 12.35 tengah hari.
Tambahnya, penemuan itu adalah hasil usaha relawan keselamatan gereja yang berwaspada.
Apabila polis tiba, lelaki itu mengikut arahan dan pisau lipat tersebut telah dirampas pihak berkuasa.
Polis berkata lelaki itu pengunjung kerap ke gereja itu dan dipercayai melakukan kerja-kerja pembaikan.
“Beliau didakwa terlupa menyimpan pisau lipat itu dengan alat lain selepas selesai satu tugasan sebelum itu,” ujar polis.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg