Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki hadapi 23 tuduhan bagi kes tipu pancingan data

Jun 27, 2024 | 6:25 PM
Tertuduh, Derrick Yeo Wei Kin, 39 tahun, berdepan 23 tuduhan bersubahat untuk melakukan penipuan, satu tuduhan membantu seorang pelaku untuk menyimpan hasil perbuatan jenayah, satu pertuduhan bersubahat untuk menghalang keadilan dan dua pertuduhan berkaitan pemalsuan. 
Tertuduh, Derrick Yeo Wei Kin, 39 tahun, berdepan 23 tuduhan bersubahat untuk melakukan penipuan, satu tuduhan membantu seorang pelaku untuk menyimpan hasil perbuatan jenayah, satu pertuduhan bersubahat untuk menghalang keadilan dan dua pertuduhan berkaitan pemalsuan.  - Foto fail

Seorang lelaki didakwa terlibat dalam penipuan pancingan data menerusi penghantaran bungkusan telah didakwa pada 27 Jun bagi beberapa kesalahan termasuk menipu, pengubahan wang haram dan menghalang keadilan.

Derrick Yeo Wei Kin, 39 tahun, didakwa atas 23 tuduhan bersubahat untuk melakukan penipuan, satu pertuduhan membantu seorang lagi pelaku untuk menyimpan hasil perbuatan jenayah, satu tuduhan bersubahat untuk menghalang keadilan dan dua tuduhan berkaitan pemalsuan, lapor The Straits Times.

Atas tuduhan bersubahat untuk menghalang keadilan, dokumen mahkamah menyatakan Yeo didakwa bersubahat bersama seorang wanita, Lovelle Cengiya, dengan memintanya mengarahkan seorang lelaki untuk membohongi polis bahawa dia telah menyewa dan menghantar terminal jualan (POS) kepada seorang warga Malaysia bernama ‘Eng’.

Cengiya, 29 tahun, didakwa pada 14 Jun mengenai dakwaan peranannya dalam kes itu. Dia menghadapi sejumlah 27 pertuduhan, termasuk pelbagai tuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan.

Polis berkata bahawa antara November 2023 dengan Januari 2024, beberapa laporan telah dibuat oleh mangsa yang mendapati wujudnya transaksi penipuan di kad bank mereka, dengan kerugian melebihi $25,900.

Beberapa mangsa itu menerima mesej teks atau e-mel yang memerlukan bayaran tambahan untuk memudahkan penghantaran bagi pembelian dalam talian mereka.

Polis berkata mesej teks atau e-mel itu nampaknya dihantar oleh Singapore Post (SingPost) untuk mendapatkan mangsa membayar sejumlah wang dengan menggunakan kad debit atau kredit mereka untuk mengatur percubaan selanjutnya bagi menghantar barang tersebut.

Mangsa kemudiannya dibimbing untuk memasukkan butiran kad bank di laman web SingPost palsu melalui pautan pancingan data.

Siasatan mendedahkan bahawa Yeo telah didakwa membuat perjanjian bersama Cengiya untuk mendapatkan terminal POS bagi sindiket jenayah rentas negara.

Untuk mengelak daripada dikesan, Cengiya didakwa mendapatkan perkhidmatan syarikat perunding perniagaan untuk mendapatkan terminal POS untuk disewa.

Terminal POS kemudian diserahkan kepada sindiket, yang membolehkan transaksi kad penipuan dibuat di terminal POS itu.

Transaksi penipuan itu akhirnya dibilkan kepada akaun mangsa, dan sekurang-kurangnya dua akaun bank Singapura telah digunakan untuk membersihkan hasil daripada transaksi itu.

Mereka yang disabitkan dengan menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda.

Jika didapati bersalah mengekalkan faedah daripada kelakuan jenayah, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000, atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg