Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki jual ‘Kpod’ dalam serbuan di Bishan hadapi 6 tuduhan

Jul 18, 2025 | 7:54 PM
Jodan Chin Wei Liang, kpod
Jodan Chin Wei Liang, 27 tahun, didakwa atas pertuduhan menjual dan memiliki rokok elektronik atau ‘vape’. - Foto ST

Seorang lelaki yang dipercayai penghantar rokok elektronik atau ‘vape’ didakwa atas enam pertuduhan pada 18 Julai.

Jodan Chin Wei Liang, 27 tahun, didakwa atas pertuduhan menjual dan memiliki ‘vape’.

Chin hadir di mahkamah berikutan operasi serbuan di Bishan, di mana seorang lelaki ditahan di Bishan Street 13 pada 10 Julai.

Wartawan The Straits Times (ST), yang menyamar sebagai pembeli yang berminat dalam talian, telah menghubungi beberapa penjual yang menawarkan ‘vape’ dan pod yang bercampur dengan etomidate, atau ‘Kpod’ di wadah media sosial termasuk Telegram.

‘Kpod’ adalah ‘vape’ mengandungi jus ‘vape’ yang dicampur dengan bahan-bahan dadah seperti etomidate atau ketamin.

Seorang penjual yang mengatakan dia boleh menjual ‘Kpod’ bersetuju untuk bertemu di Bishan, sambil berkata “seorang penghantar” akan memberikan barang itu.

Pada 3.45 petang, sebuah kereta tiba di lokasi dijanjikan dan seorang pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang menyamar sebagai pembeli menghampirinya.

Apabila pegawai itu mengenalkan dirinya sebagai pegawai HSA, lelaki itu cuba melarikan diri.

Mahkamah dimaklumkan pada 18 Julai bahawa sejumlah besar ‘Kpod’ telah dirampas dalam kes melibatkan Chin, lapor ST.

Kesnya telah ditangguhkan ke 28 Ogos.

Menurut dokumen mahkamah, Chin didakwa memiliki lebih 800 ‘Kpod’ pelbagai perisa untuk dijual, termasuk yang bernama ‘Zombie’ dan ‘Lucifer’.

Chin turut didakwa memiliki beberapa barangan lain untuk tujuan jualan, termasuk 24 alat ‘vape’ tanpa pod.

Etomidate, yang digunakan di hospital untuk memberi kesan pelali semasa prosedur perubatan, sepatutnya hanya disuntik ke dalam salur darah di bawah pengawasan klinikal dan bukan disedut.

Apabila disedut, ia akan terus memasuki paru-paru dan boleh mencetuskan kekejangan, masalah pernafasan, sawan dan juga gangguan mental.

Ia diklasifikasikan sebagai racun di bawah Akta Racun dan lesen diperlukan untuk mengimport atau menjualnya.

Di bawah Akta tersebut, mereka yang didapati memiliki atau menggunakan pod mengandungi etomidate boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda hingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.

Kemunculan ‘Kpod’ mencetuskan kebimbangan di Singapura.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dalam satu kenyataan bersama pada 12 Julai, berkata undang-undang sedia ada mengenai ‘vape’ mungkin akan diperketat, susulan peningkatan pengesanan rokok elektronik yang mengandungi bahan seperti etomidate dan dadah terkawal lain di Singapura.

Mereka menambah bahawa agensi pemerintah sedang mempertimbangkan langkah lanjut untuk menangani isu ‘vape’ dengan lebih berkesan.

Ini termasuk menilai sama ada undang-undang sedia ada boleh diperketat bagi tujuan penguatkuasaan.

Menurut MOE dan MHA, dalam separuh pertama 2025, HSA telah mengesan 28 kes ‘vape’ yang mengandungi etomidate

Jumlah itu hampir tiga kali ganda daripada 10 kes yang dikesan sepanjang 2024.

Orang ramai yang ingin melaporkan kesalahan berkaitan ‘vape’ atau penjualan peranti ‘vape’ boleh menghubungi Cawangan Kawal Selia Tembakau HSA di talian 6684-2036 atau 6684-2037 pada hari bekerja, antara 9 pagi dengan 5.30 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg