Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki M’sia ditahan bersama 1.4kg heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Jun 17, 2025 | 3:03 PM
CNB, ICA, drugs
Sekitar 1.4 kilogram heroin, 495 gram ganja dan 115 gram ‘Ice’ ditemui pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 14 Jun, di belakang ruang simpan barang, yang terletak di tempat duduk depan kenderaan berdaftar Malaysia itu. - Foto CNB

Seorang lelaki warga Malaysia ditahan pada 14 Jun selepas kira-kira 1.4 kilogram heroin serta beberapa lagi jenis dadah lain, ditemui di dalam kereta yang dipandunya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Menurut kenyataan bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 17 Jun, sejumlah 495 gram ganja dan 115 gram Ice turut ditemui di belakang ruang simpan barang, yang terletak di tempat duduk depan kenderaan berdaftar Malaysia itu.

Dadah tersebut ditemui dalam tiga bungkusan selepas kereta itu menjalani pemeriksaan rapi oleh pegawai ICA.

Satu bungkusan ditemui terlebih dahulu oleh pegawai ICA yang memaklumkan penemuan itu kepada CNB.

Pegawai CNB kemudiannya menemui dua lagi bungkusan di dalam kenderaan itu.

ICA dan CNB menyatakan nilai dadah yang dirampas dianggarkan melebihi $173,000 dan boleh menampung ketagihan sekitar 800 penagih selama seminggu.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, sesiapa yang mengimport masuk atau mengeksport keluar lebih 15 gram diamorfin atau heroin tulen dari Singapura, boleh dikenakan hukuman mati.

Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg